​Pelayaran Zheng He dan Alam Melayu (cet.2)

RM35.00
9789679425086
In stock
+

Pelayaran Zheng He dan Alam Melayu (cet.2)

Author: Kong Yuanzhi

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789679425086

Pages: 210

Year: 2010

Weight:

Price: RM35

Sepanjang sejarah perhubungan China-Malaysia tidak pernah terjadi persengketaan yang besar dan berpanjangan. Parameswara bersama permaisuri, pengiring dan rombongannya seramai 540 orang berkunjung ke China pada tahun 1422. Rombongan ini mencatat angkatan asing terbesar yang berkunjung ke China sewaktu pemerintahan Dinasti Ming. Selepas menerima sambutan dan anugerah terbaik daripada Maharaja Ming, kunjungan balas yang diketuai Zheng He menerima sambutan hangat di Melaka. Malaysia sentiasa menghargai semua tokoh yang berjasa bagi perdamaian dan kemajuan di pelbagai negara. Antara lain, termasuklah tokoh yang dipaparkan dalam buku ini iaitu Zheng He (1371-1433) atau dikenali juga dengan beberapa nama lain seperti Zheng Ho, Cheng Ho dan Sam Po Kong. Beliau dianggap utusan persahabatan yang besar dan berjasa kerana kejayaannya memimpin ketumbukan armada sebesar 27 ribu anggota dalam pelbagai kunjungan muhibah ke lebih 30 kerajaan sekitar tahun 1405-33. Beliau dan ketumbukannya tujuh kali ke Melaka dan ke Pahang (1409-12), Johor (1409), Kelantan (1412) dan beberapa tempat lain di Semenanjung Tanah Melayu.

KONG YUANZHI lahir di Shanghai (1937). Beliau banyak menjalankan penyelidikan di Universitas Indonesia (1964-65) dan di Universiti Leiden (1986-87). Beliau kini mengajar dan menjadi Timbalan Ketua di Jabatan Bahasa dan Kebudayaan Indonesia-Melayu, Fakulti Pengajian Timur, Universiti Peking sejurus kembali daripada jawatannya sebagai profesor pelawat di Universiti Malaya (1999-2000).

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US