​MARA: Perjuangan yang Belum Selesai ​(kulit keras)

RM100.00
9789674123284
In stock
+

MARA: Perjuangan yang Belum Selesai (kulit keras)

Author: Abdul Karim Haron, Mohd Tajuddin Jali, Raja Fauziah Raja Tun Uda & Rokiah Talib.

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674123284

Year: 2016

Weight:

Pages: 260 ms

Price: RM100

Buku ini merupakan pengkisahan sejarah awal Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi yang ditubuhkan pada 1966. Penghargaan terhadap kehadiran dan pembangunan asas MARA adalah suatu yang semestinya diberi kepada Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Kepimpinan dan penglibatan langsung beliau di dalam pembangunan badan ini sebenar-benarnya telah memberi arah dan aras yang telah mempengaruhi kejayaan MARA seperti yang dikisahkan dalam buku ini. Ditubuhkan untuk menggantikan RIDA, MARA memperluaskan lagi ruang lingkup tugas dan usahanya dalam dua bidang utama: pembangunan modal insan dan usahawan dalam kalangan Bumiputra. Ini bertujuan untuk menyusun semula masyarakat supaya pemetaan ekonomi tidak terlalu mengikut kaum. Setelah separuh abad umur MARA dan apabila ramai warga-kerja tahun 60-an dan 70-an sudah tidak berkhidmat lagi, maka sejarah perjuangan MARA pada zaman awal mungkin sudah luput daripada ingatan. Selain merakamkan sumbangan sebuah agensi yang telah begitu banyak berjasa bagi bangsa dan negara, buku ini juga mengisahkan bagaimana peranan, sumbangan dan pengorbanan puluhan wira dan wirawati tahun-tahun awal kemerdekaan. Mereka terdorong oleh semangat cintakan bangsa dan negara hingga sanggup mengharung apa jua ranjau dan rintangan demi mahu melihat anak bangsa duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain di bumi sendiri. Diharapkan dengan membuka lipatan sejarah awal usaha MARA dapat menyedarkan anak bangsa generasi baharu bahawa nikmat yang dikecapi sekarang tidak datang melayang, sebaliknya adalah hasil titik jerih, pemerahan otak, tenaga dan keringat generasi awal. Turut diharapkan buku ini dapat membangkitkan semula semangat kesedaran bahawa perjuangan anak bangsa belum selesai.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US