Makna Pemilikan dan Persempadanan Tanah Adat​

RM30.00
9789674124694
In stock
+

Makna Pemilikan dan Persempadanan Tanah Adat

Author: Azima Abdul Manaf
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674124694
Year: 2017
Weight: 0.2kg
Pages: 127
Price: RM30

Cabaran paling besar bagi sesebuah masyarakat adalah untuk mempertahankan hak pemilikan mereka terhadap tanah yang diperoleh daripada nenek moyangnya. Pertikaian pemilikan tanah adat secara jelasnya berpunca daripada tiga faktor utama, iaitu status, kesahihan pemilikan dan keluasan sebenar tanah yang dimiliki. Selain itu, pertikaian juga boleh berlaku apabila wujud anggapan dan interpretasi yang berbeza berkaitan dengan pengesahan pemilikan. Hal ini disebabkan oleh cara penentuan pemilikan dan sempadan tanah yang lazimnya hanya difahami oleh sesebuah masyarakat sahaja. Sering kali konfllik yang menyentuh pemilikan dan persempadanan tanah akan dikaitkan dengan cara informasi pemilikan yang diterima pakai oleh pemilik tanah. Kaedah informasi mulut ke mulut antara generasi telah menjadi amalan dalam kalangan mereka bagi menentukan hak mereka terhadap tanah adat.

Pelbagai statut mahupun akta kecil telah diwujudkan oleh kerajaan negeri dalam usaha menjaga hak pemilik tanah adat, tetapi usaha tersebut sering kali mewujudkan pertikaian demi pertikaian yang boleh mengancam kesejahteraan pemilik tanah adat. Justeru, buku ini telah berjaya menyingkap maklum balas pemilik tanah adat berhubung makna pemilikan tanah adat dalam kalangan mereka. Selain itu, isu yang menyentuh keperluan mempertahankan keberadaan tanah adat untuk generasi akan datang juga telah diberikan penekanan. Oleh itu, perhatian terhadap cara pemilik tanah adat mengidentifikasikan sempadan tanah mereka diperincikan dengan merungkai makna dan sebab musabab bagi memastikan keberadaan tanah milik mereka tidak luput ditelan arus pemodenan akibat pembangunan yang dahagakan tanah.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US