​Undang-Undang dan Masyarakat: Tuntutan Persendirian

RM35.00
9789674129590
In stock
+

Undang-Undang dan Masyarakat: Tuntutan Persendirian

Author: Rahmah Ismail, Mazliza Mohamad & Rasyikah Md Khalid

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674129590

Pages: 180pp

Weight: 0.22kg

Year: 2019

Price : RM35

Undang-undang merupakan satu instrumen perubahan. Undang-undang juga dilihat sebagai satu instrumen masyarakat yang timbul daripada keperluan untuk melindungi dan memperkasakan kepentingan masyarakat. Tujuan undang-undang adalah untuk mengawalselia kehidupan dan menjamin kesejahteraan masyarakat. Undang-undang bertindak sebagai mekanisme integrasi untuk mengekalkan dan membangunkan integrasi sosial. Undang-undang mempunyai pelbagai peranan dalam masyarakat antaranya, kawalan sosial, menyelesaikan pertikaian, pemudah cara atau fasilitator, pengintegrasian, jurutera sosial dan kebajikan sosial.

Masyarakat pula bermaksud, satu entiti asas atau kesepaduan sosial yang stabil, diwujudkan berdasarkan persetujuan bersama dalam kalangan individu dan kumpulan yang mewujudkannya, berdasarkan nilai-nilai, idea dan fungsi masyarakat asas. Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa masyarakat terdiri daripada individu dan kumpulan yang mempunyai kepentingan yang pelbagai dan bercanggah dan mengejar matlamat kepentingan sendiri. Justeru undang-undang dibentuk hasil daripada nilai dan tindakan pihak yang memegang kuasa ekonomi, sosial dan politik serta digunakan sebagai mekanisme paksaan. Undang-undang berfungsi sebagai satu senjata ampuh bagi memastikan keadilan sentiasa terlaksana di segenap strata masyarakat, tanpa mengira pihak yang terlibat itu sama ada seorang individu atau mereka yang bergerak secara kolektif.

Buku ini merupakan koleksi bab dalam buku yang memaparkan peranan undang-undang dalam masyarakat dalam tuntutan persendirian berhubung dengan kecuaian perubatan, kacau ganggu dalam perundangan alam sekitar, pelanggaran privisi jualan barang, jual janji dan hartanah wakaf.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US