Modul-Modul Hafazan Al-Quran

RM46.00
9789831009338
In stock
+

Modul-Modul Hafazan Al Quran

Author: Sedek Ariffin, Mustaffa Abdullah & Muhamad Alihanafiah Norasid

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831009338

Weight:

Year: 2017

Page: 172 pp

Price: RM46

Karya berjudul ‘Modul Hafazan al-Quran’ ini bertujuan menyajikan pendekatan praktikal menghafaz al-Quran bagi setiap individu yang berminat menghafaz al-Quran dalam kehidupan seharian. Bermula dengan topik adab dan kelebihan menghafaz al-Quran, kandungan karya ini sekaligus memberikan satu suntikan motivasi kepada umat Islam khususnya kepada pencinta al-Quran untuk menghafaz al-Quran berteraskan modul yang sistematik sejajar dengan komitmen masa yang mampu diperuntukkan seharian serta kemampuan hafazan yang dimiliki. Turut ditampilkan dalam karya ini ialah tiga rukun hafazan al-Quran yang perlu dijelujuri oleh setiap huffaz. Modul-modul hafazan ini boleh dijadikan sebagai penanda aras dalam mengintegrasikan hafazan al-Quran dengan subjek akademik yang lain agar masa yang diperuntukkan dan juzuk yang dicadangkan bertepatan dengan kemampuan para pelajar yang sepatutnya. Ini penting bagi memastikan ayat-ayat yang dihafal benar-benar terpelihara dalam dada para huffaz.

Terdapat 12 modul hafazan direkayasa dalam karya ini, dan modulmodul terbabit dikupas dalam setiap bab. Bermula dengan modul menghafaz al-Quran 30 minit sehari sehingga modul menghafaz al-Quran 10 jam sehari. Menariknya, modul-modul yang diketengahkan dalam karya ini tidak bersifat eksklusif buat mereka yang berkecimpung dalam dunia hafazan al-Quran semata-mata, malah ia terpakai buat semua golongan kelas dan usia. Penyediaan modul-modul tersebut bersesuaian dengan kapasiti setiap individu yang mempunyai minat mendalam untuk menghafaz al-Quran walaupun komitmen masa dan kemampuan hafazan mereka berbeza-beza.

Justeru, penghasilan karya ini sekaligus menegaskan bahawa seluruh umat Islam mampu menghafaz keseluruhan al-Quran serta mengingati hafazan al Quran dengan mantap, asalkan mereka berminat untuk menghafaz al-Quran, memiliki asas bacaan al-Quran yang baik, serta menuruti modul-modul yang dikemukakan dalam karya ini secara bersungguh-sungguh, konsisten, dan berdisiplin dengan peruntukan jam yang telah ditetapkan dalam sehari.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US