Pendidikan Cina di Malaysia Sejarah, Politik dan Gerakan Perjuangan

RM75.00
978-983-861-619-5
In stock
+
Pendidikan Cina di Malaysia Sejarah, Politik dan Gerakan Perjuangan

Author: Low Choo Chin

Publisher: USM Press

ISBN: 978-983-861-619-5

Pages:

Year:

Weight:

Price: RM75

Buku ini mendokumentasikan tekad usaha serta masalah dan cabaran yang dihadapi pendidik Cina dalam mempertahankan sistem pendidikan Cina di negara ini. Ia menonjolkan dilema yang dihadapi kumpulan minoriti dalam membangunkan sistem pendidikannya dalam masyarakat majmuk yang didominasi kumpulan majoriti berdasarkan wacana tentang peranan pendidikan sebagai alat pembinaan negara bangsa. Ruang lingkupnya mencakupi sejarah perkembangan, percaturan politik dan gerakan perjuangan. Dari segi sejarah perkembangan, ia menelusuri asal usul pendidikan Cina serta kedudukannya dalam konteks penggubalan dasar bahasa dan pendidikan di negara ini. Sementara itu, dari segi percaturan politik, ia membincangkan usaha pendidik Cina untuk memobilisasikan sokongan parti politik bagi mempertahankan sistem pendidikan Cina menerusi strategi perjuangan politik yang berlainan. Akhir sekali, ia meninjau gerakan perjuangan pendidik Cina yang berkisar pada isu pengiktirafan bahasa serta isu perkembangan dan pembangunan sistem pendidikan Cina di negara ini.

Tan Yao Sua memperoleh ijazah doktor falsafah dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang Sejarah dan Perkembangan Pendidikan. Kini, beliau merupakan pensyarah kanan di Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia. Bidang kepakaran beliau mencakupi analisis dasar pendidikan, pendidikan dwibahasa, pendidikan minoriti dan sosiologi pendidikan. Makalah akademik beliau pernah diterbitkan dalam jurnal seperti International Journal of Educational Development, Paedagogica Historica (International Journal of the History of Education), Asia Pacific Journal of Education, Journal of the Applied Research in Education, Journal of the Institute of Asian Studies, Kajian Malaysia, Jurnal Terjemahan Alam dan Tamadun Melayu dan Pemikir. Setakat ini, beliau telah menghasilkan emapt buah buku, iaitu Politik Dongjiaozong dalam Pendidikan Vernakular Cina di Semenanjugn Malaysia, 1960-1982; Pendidikan Dwibahasa Transisi Etnik Cina Semenanjung Malaysia; Isu Bahasa, Etnik dan Pembinaan Negara Bangsa dalam Sistem Pendidikan Malaysia dan The Education of Ethnic Minorities: The Case of the Malaysian Chinese (bersama Dr. R. Santhiram)

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US