Pendidikan Dwibahasa Transisi Etnik Cina Semenanjung Malaysia

RM74.00
978-983-861-333-0​
In stock
+
Pendidikan Dwibahasa Transisi Etnik Cina Semenanjung Malaysia

Author: Tan Yao Sua

Publisher: USM Press

ISBN: 978-983-861-333-0

Pages:

Year:

Weight:

Price: RM74

Buku ini meninjau pelaksanaan sistem pendidikan dwibahasa transisi untuk pelajar etnik Cina di Semenanjung Malaysia yang melalui pendidikan rendah beraliran Cina dan kemudian memasuki sekolah menengah beraliran kebangsaan dengan berfokus pada rasional sistem pendidikan ini dilaksanakan serta impak pelaksanaannya dari segi pemerolehan bahasa Cina dan bahasa Melayu serta transisi kepada bahasa pengantar Melayu.

Pelaksanaan sistem pendidikan ini didasari oleh rasional untuk mengakomodasi dua tuntutan etnik yang bercanggah, iaitu tuntutan etnik minoriti Cina terhadap pengekalan bahasa ibunda demi mengekalkan budaya dan identiti etnik mereka serta tuntutan etnik majoriti Melayu untuk memantapkan bahasa mereka sebagai teras pembinaan negara. Masalahnya, kedua-dua tuntutan ini tidak diselaraskan dengan sempurna dan gagal mendatangkan impak pengekalan dan pemindahan bahasa yang diharapkan dalam kalangan pelajar etnik Cina yang melalui sistem pendidikan dwibahasa ini.

Hal ini sebahagiannya disebabkan oleh keghairahan pendidik Cina untuk mempertahankan sekolah rendah vernakular Cina sebagai kubu pertahanan bahasa, budaya, dan identiti etnik Cina tanpa memberikan penekanan yang sewajarnya terhadap pemerolehan bahasa Melayu sebagai persediaan awal untuk bertransisi kepada pendidikan menengah beraliran kebangsaan, dan sebahagian lagi disebabkan oleh sistem pendidikan menengah beraliran kebangsaan yang tidak memberikan status kepada bahasa Cina sehingga pemerolehannya dipinggirkan oleh pelajar.

Justeru, berlaku saling penyisihan yang begitu ketara antara pengekalan dan pemindahan bahasa. Hal ini menjejaskan tujuan sebenar sistem pendidikan dwibahasa transisi dilaksanakan untuk pelajar etnik Cina di negara ini. Buku ini sesuai dibaca oleh penyelidik dan pelajar institusi pengajian tinggi yang berminat terhadap analisis dasar pendidikan. Selain itu, ia juga sesuai dibaca oleh pegawai pendidikan dan pentadbir serta guru sekolah menengah yang ingin memahami secara terperinci masalah pemerolehan bahasa Cina dan bahasa Melayu serta transisi kepada bahasa pengantar Melayu yang dihadapi oleh pelajar etnik Cina di negara ini.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US