​Usuluddin Dalam Karya Arab dan Melayu Klasik

RM30.00
9789674123246
In stock
+

Usuluddin Dalam Karya Arab dan Melayu Klasik

Author: Ibrahim Abu Bakar

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674123246

Weight:

Year: 2016

Page: 169pp

Price : RM30

Buku ini mengemukan konsep atau istilah Usuluddin dan kandungan Usuluddin berdasarkan kepada empat buah karya yang terdiri daripada dua karya berbahasa Arab yang menggunakan judul yang jika diterjemah kepada bahasa Melayu adalah Empat Puluh Usuluddin, dan dua karya berbahasa Melayu-Jawi. Satu karya Melayu-Jawi menggunakan judul Ilmu Usuluddin dan yang satu lagi menggunakan judul ilmu akidah. Satu karya berbahasa Arab karangan Imam Fakhruddin al-Razi dapat dibidangkan kepada bidang Usuluddin dan falsafah. Manakala satu lagi karya berbahasa Arab karangan Imam Abu Hamid al-Ghazali dapat dibidangkan kepada bidang Usuluddin, fikah, akhlak dan tasawuf.

Walau bagaimanapun kedua-dua buku berbahasa Arab ini dari sudut judulnya menunjukkan kepada jumlah tajuk, isi atau masalah Usuluddin adalah empat puluh sekalipun terdapat perbezaan tajuk, isu atau masalah yang terkandung dalam kedua-duanya di samping terdapat persamaan tajuk, isu atau masalah. Dua buah karya Melayu-Jawi adalah karangan Ahmad bin Muhammad Tayyib bin Mas’ud al-Banjari yang membawa judul ilmu Usuluddin. Kedua-dua buku ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan dua buah buku Usuluddin dalam bahasa Arab berkenaan dari sudut isu, tajuk atau masalah yang terkandung di dalamnya. Walaupun masih terdapat beberapa isu, tajuk atau masalah yang sama.

Buku ini menganalisis secara ringkas kandungan empat buah karya berkenaan dan membandingkan isu, tajuk atau masalah yang terkandung dalam keempat-empatnya. Para pembaca yang meminati bidang Usuludiin dan falsafah dapat merujuk bab-bab yang menjelaskan kandungan karya al-Razi.


Kandungan:

Prakata

Bab 1

Pendahuluan


Bab 2

Usuluddin: Satu Pengenalan


Bab 3

Kandungan Ringkas Karya al-Ghazali dan al-Razi


Bab 4

Analisis Ringkas Karya al-Ghazali


Bab 5

Analisis Ringkas Karya al-Razi


Bab 6

Analisis Ringkas Karya Muhammad Tayyib


Bab 7

Analisis Ringkas Karya Ahmad


Bab 8

Komentar dan Konklusi

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US