Penuaan Sihat dan Kesejahteraan

RM65.00
9789672510444
Out of stock
Penuaan Sihat dan Kesejahteraan

Author: Norhayati Ibrahim, Suzana Shahar & Devinder Kaur Ajit Singh

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789672510444

Weight:

Pages: 341 pb

Year: 2020

Price: RM65

Meniti usia emas secara sihat lagi bermakna adalah impian pada semua individu. Ini boleh dicapai melalui perancangan dan komimen dalam menangani pelbagai perubahan yang berlaku sepanjang proses penuaan termasuk perubahan fisiologi, fizikal, sosial, emosi dan spiritual secara berkesan. Kehadiran pelbagai penyakit sudah pasti akan memburukkan keadaan dan memberi kesan bukan sahaja pada warga emas tetapi juga ahli keluarga serta penjaga. Justeru itu, amatlah perlu bagi semua individu, keluarga dan khususnya warga emas memahami dan mempraktikkan beberapa kemahiran dan ilmu sebagai panduan kearah penuaan sihat. Aspek penjagaan kendiri ke arah penuaan sihat ini dikupas secara komprehensif lagi holistik melalui 22 bab di dalam buku ini. Kebanyakan bab memuatkan data prevalen, masalah kesihatan, cabaran dan tips bagi mencapai penuaan sihat lagi sejahtera.

Topik buku ini merangkumi teori dan proses penuaan, pemakanan sihat, penyediaan makanan, penuaan dan kegemukan, ketakjaminan makanan, ulam dan kognitif warga emas, khasiat soya dari segi kesihatan, kontroversi berkaitan dengan pengambilan suplemen, senaman khusus dan prestasi fizikal untuk warga emas, penyakit kronik, jangkitan kuman dan cakna ubat. Seterusnya buku ini juga meneroka perubahan fisiologi berkaitan komponen penglihatan, pendengaran, kesihatan suara, kesihatan mulut dan penelanan. Akhir sekali, buku ini membawa pembaca kepada aspek kesihatan mental, demensia dan kesejahteraan rohani dan sosial warga emas. Buku ini dipersembahkan dalam bahasa yang mudah lagi santai serta sarat dengan infomasi yang berguna tanpa mengenepikan fakta atau bukti saintifik terkini. Diharapkan buku ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca dan sesuai dijadikan sebagai rujukan oleh semua individu terutamanya warga emas, keluarga dan penjaga, profesional kesihatan, sukarelawan, pendidik, penyelidik serta semua lapisan masyarakat yang ingin memahami mengenai penuaan sihat dan kesejahteraan warga emas dengan lebih jelas.

NORHAYATI IBRAHIM, PhD. Profesor Madya dan pensyarah Psikologi serta Kaunselor berdaftar di Program Psikologi Kesihatan, Pusat Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (HCare), Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau berkepakaran dalam dalam bidang kaunseling dan psikologi kesihatan terutama tentang kualiti hidup pesakit kronik, kesihatan mental dan strategi daya tindak remaja dan dewasa. Beliau telah menerbitkan lapan buah buku dan lebih daripada 60 artikel dalam jurnal berimpak sepanjang kariernya sebagai pensyarah dan penyelidik. SUZANA SHAHAR, PhD. Profesor dan pensyarah Dietetik di Program Dietetik dan Pusat Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (HCare), Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau berkepakaran dalam bidang pemakanan dan epidemiologi warga emas. Penyelidikan beliau telah menghasilkan lebih daripada 200 artikel dalam jurnal berimpak. DEVINDER KAUR AJIT SINGH, PhD. Profesor Madya dan pensyarah Fisioterapi, Pusat Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (HCare), Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau berkepakaran dalam bidang fisioterapi geriatrik (rehabilitasi dan senaman untuk warga emas). Sebelum berkerja di UKM pada tahun 2005, beliau telah berkhidmat di Kementerian Kesihatan selama 16 tahun. Penyelidikan beliau telah menghasilkan lebih daripada 100 artikel dalam jurnal berimpak.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US