Syahadah Kedua: Menilai Semula Pemahaman Syahadah Masa Kini

RM35.00
9789672007425
In stock
+

Syahadah Kedua: Menilai Semula Pemahaman Syahadah Masa Kini

Author: Syazreen Mohd

Publisher: ILHAM Press

ISBN: 9789672007425

Weight: 0.4 kg

Year: 2021

Page: 211 pp

Price: RM35.00

Selain memberi tafsiran ‘irfani atas paruh pertama syahadah, buku ini terutama mengajak kita untuk kembali mengevaluasi penafsiran kita terkait paruh kedua syahadah. Sebuah buku tentang masalah yang benar-benar aktual, tapi ditinjau dari perspektif ‘irfani yang segar. Penting dibaca - Haidar Bagir, Mizan Group, Indonesia, Penulis buku Islam Tuhan, Islam Manusia

Buku Syahadah Kedua karya Mohd Syazreen Abdullah betul-betul “revolusioner,” memberikan perubahan paradigmatik dalam pemahaman kita mengenai syahadah. Buku ini dapat memberi orientasi perubahan kesedaran keagamaan kita, daripada perspektif yang melulu teologi kepada etika. Masa depan umat Islam dalam dunia global dewasa ini, sangat tergantung pada bagaimana umat Islam bisa menyumbangkan dan mengembangkan etika global kepada kemanusiaan universal. Buku yang sangat inspiratif! - Budhy Munawar-Rachman, Pengajar Islam Sekolah Tinggi Filsafat Driyarkara, Jakarta

Syahadah Kedua merupakan ikhtiar penting untuk memahami kredo Islam (testimoni keesaan Allah) dalam konteks dunia moden. Sdr. Mohd Syazreen Abdullah mendiskusikan secara nuanced dan insightful bagaimana kalimat Tauhid seharusnya menumbuhkan kepekaan dalam diri kita tentang berbagai persoalan yang dihadapi manusia moden, seperti kekerasan, kezaliman, ketidakadilan, penindasan yang menggerogoti nilai-nilai luhur kemanusiaan. Di tengah situasi di mana perpecahan, kebencian dan intoleransi semakin menguat, kehadiran buku yang bermaksud merekatkan tali persaudaraan dan kemanusiaan ini perlu disambut gembira - Mun’im Sirry, Pengajar di University of Notre Dame, USA

Mengenai Penulis

Mohd Syazreen Abdullah mendapat pendidikan al-Qur’an di Darul Quran, kemudian melengkapkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin di Universiti Yarmouk Jordan. Menyambung Sarjana di Universiti Malaya. Sebagai Kolumnis di The Malaysian Insight dan terbabit dengan kru Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM) Pernah Terlibat sebagai felo Lingkaran Islam Tradisional (LIT) sebuah kumpulan pengkaji khazanah Keilmuan serta kebudayaan Islam di Nusantara, dan Penyelidik di, Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front (IRF). Antara karya beliau, Wacana Pemikiran Reformis (2014), Alif Lam Lam Ha (2014), Bercakap Dengan Quran (2016), Membebaskan Allah dari Islam (2018) dan Syahadah Kedua (2020).

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US