​Institusi Baitulmal Dalam Pembangunan Negara

RM30.00
9789679428247
Out of stock

Institusi Baitulmal Dalam Pembangunan Negara

Author/Editor: Hailani Muji Tahir

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789679428247

Weight: 200

Pages: 162

Year: 2007

Price: RM30


Baitulmal merupakan institusi harta dan kewangan induk dalam negara Islam. Harta yang terkumpul dalam khazanah baitulmal adalah harta negara yang dimiliki oleh semua rakyat yang tinggal dan menetap di bawah naungan kerajaan Islam. Baitulmal menurut pandangan al-Mawardi ialah tempat merekodkan pembahagian dan pengumpulan harta. Lebih tepat lagi baitulmal dimaksudkan sebagai perbendaharaan negara yang menerima dari pelbagai sumber kewangan dan harta secara terkumpul oleh negara Islam seperti zakat, harta wakaf, cukai dan lain-lain. Baitulmal mengandungi suatu konsep dan pengertian harta yang amat luas yang berdasarkan kepada iman dan takwa dengan penuh yakin bahawa hanya Allah sahajalah Pencipta. Pentadbir dan Penguasa alam ini, manakala khalifah pula sebagai pemegang amanah bagi menguruskan harta yang terkumpul dalam khazanah baitulmal. Pada hakikatnya, skop baitulmal mencakupi peranan yang lebih luas jika dibandingkan dengan kosep perbendaharaan negar hari ini yang bukan sahaja berperanan sebagai institusi perbendaharaan negara melalui dasar dan kepentingannya kepada pemerintah, malah bertindak sebagai bank pusat yang berperanan kepada sistem kewangan negara. Jika dilihat dari koteks baitulmal pada awal Islam, ternyata merupakan perbendaharaan bagi sesebuah negara. Namun bagi Malaysia, pentadbiran dan penyelarasan baitulmal disempitkan skop dan fungsinya dengan mewujudkan dua pecahan dalam pentadbiran, iaitu perbendaharaan negara melalui Kementerian Kewangan Malaysia dan baitulmal melalui kerajaan negeri. Dari segi pentadbiran, baitulmal kini lebih sistematik dengan wujudnya pelbagai peruntukan yang memberi bidang kuasa kepada Majlis Agama Islam untuk menguruskan skop pengurusan dan fungsi baitulmal adalah wajar dibuat mengikut keperluan masa dan kehendak setempat. Pendapatan dan perbelanjaan baitulmal hendaklah mengikut ketentuan hukum Allah dalam al-Quran dan sunah Rasulnya disamping ketentuan istinbat hukum yang digalakkan sepertiijma, ‘qiyas dan sumber lain yang bertepatan dengan roh perundangan Islam seperti maslahah al-mursalah, istislah, istishab dan istihsan.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US