Isu Kekeluargaan Islam Dan Undang- Undang Malaysia

RM35.00
9789672388074
In stock
+

Isu Kekeluargaan Islam Dan Undang- Undang Malaysia

Author: Faridah Jalil & Muhamad Helmi Md Said

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789672388074

Pages: 196pp

Weight: 0.28kg

Year: 2019

Price : RM35

Institusi kekeluargaan merupakan suatu unit yang asas dan penting dalam kehidupan setiap manusia. Institusi kekeluargaan memainkan peranan yang signifikan dalam membentuk keperibadian individu, komuniti dan negara. Dalam menempuh arus kehidupan dalam institusi kekeluargaan, banyak isu perundangan yang timbul dan perlu dititikberatkan oleh semua pihak dalam menjaga kemaslahatan umat manusia di muka bumi ini. Perkahwinan, perceraian, tuntutan nafkah, hak penjagaan anak dan harta sepencarian merupakan antara isu kekeluargaan Islam yang sering menjadi pertikaian dalam konteks undang-undang. Perkahwinan menurut Syarak merupakan satu-satunya cara untuk mengekalkan manusia dan kelangsungannya.

Perkahwinan merupakan batu asas dan tiang agama yang terbina bagi mengukuhkan kelangsungan kehidupan umat manusia sejagat. Undang-undang keluarga Islam telah meletakkan beberapa hak dan kewajipan kepada setiap pasangan agar kehidupan menjadi lebih harmoni. Buku ini memerihalkan peruntukan-peruntukan yang penting yang terkandung dalam akta atau enakmen-enakmen keluarga islam di Malaysia. Undang-undang Keluarga Islam yang termaktub dalam akta atau enakmen-enakmen setiap negeri di Malaysia ialah undang-undang yang menjelaskan tentang Isu-isu yang penting, seperti nafkah untuk anak angkat, radhaah (penyusuan anak), permohonan nusyuz, status (taraf) anak, pengesahan perkahwinan dan pemelukan agama Islam.

Setiap bab dalam buku ini membincangkan isu-isu kekeluargaan Islam dengan menggunakan gaya bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Buku ini dapat menjadi rujukan yang penting kepada pengamal undang-undang, ahli akademik, pelajar undang-undang di samping sesuai untuk dijadikan pembacaan bagi khalayak umum.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US