​Jawi Peranakan di Pulau Pinang: Ekspresi Sebuah Identiti

Old price: RM41.00
RM36.90
You save: RM4.10 (10%) Save 10%
10 days
9789838614580
In stock
+

Jawi Peranakan di Pulau Pinang: Ekspresi Sebuah Identiti

Editor: Jamaluddin Aziz & Omar Yusoff

Publisher: USM Press

ISBN: 9789838614580

Pages:

Year: 2010

Weight:

Price: RM41


Jawi Peranakan adalah sebuah masyarakat yang sudah sekian lama terbentuk di Pulau Pinang, iaitu pada sekitar tahun 1700. Terdapat juga teori yang mengandaikan pembentukan Jawi Peranakan di Pulau Pinang adalah pada sekitar tahun 1770. Di Nusantara, masyarakat ini telah terbentuk semenjak abad ke-7, khususnya pada zaman kerajaan Srivijaya. Lebih awal lagi, semenjak Kedah menjadi pelabuhan penting bagi laluan perdagangan antara India dan China, iaitu semenjak abad ke-3 lagi. Sehubungan itu, andaian boleh dibuat bahawa di sinilah tapak awal kewujudan Jawi Peranakan di Tanah Melayu. Pembentukan masyarakat ini berpunca daripada adanya perkahwinan campur antara lelaki Arab, Tamil, Punjabi, Gujerat dan Afghan dengan wanita Melayu tempatan. Jawi Peranakan telah memainkan peranan yang cukup positif dalam perkembangan sejarah tempatan selama lebih dua ratus tahun, dengan mendominasikan pelbagai bidang bukan sahaja dari segi keagamaan, kesusasteraan, perniagaan, perdagangan, perkapalan, pendidikan malahan perundangan dan politik.

Buku ini sangat menarik untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat, kerana ia bukan sahaja membicarakan tentang asal usul pembentukan Jawi Peranakan, tetapi juga membicarakan tentang sumbangan Jawi Peranakan dalam pembangunan masyarakat Melayu Pulau Pinang. Tajuk-tajuk yang dibicarakan bukan sahaja menjadi petunjuk tentang variasi sumbangan Jawi Peranakan di Pulau Pinang, malah ia dapat memberikan kesedaran betapa pentingnya sumbangan tersebut dalam pembentukan masyarakat Pulau Pinang yang unik dari masyarakat lain di Malaysia hingga ke hari ini. Kesedaran ini amat penting dalam pembentukan jati diri masyarakat Melayu Pulau Pinang khasnya dan Melayu Malaysia amnya. Jati diri ini amat perlu ditanam dalam diri kita untuk menghadapi dan mengharungi arus glokalisasi dan globalisasi. Hanya melalui nilai jati diri dan semangat cintakan diri dan asal usul kita sahaja yang akan dapat menjadikan kita masyarakat yang lebih kebal dari ancaman anasir-anasir budaya kuning atau budaya luar yang bertentangan dengan pegangan agama dan adapt susila masyarakat kita.


1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju dan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 10 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 10 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking number akan dihantar terus ke email anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI