​Kaedah Penyelidikan Sosial daripada Perspektif Islam

RM25.00
9789674122164
In stock
+

Kaedah Penyelidikan Sosial daripada Perspektif Islam

Author: Ahmad Munawar Ismail & Mohd. Nor Shahizan Ali

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674122164

Pages: 150pp

Year: 2018

Berat: 0.220kg

Price: RM25

Penyelidikan adalah untuk menyelesaikan masalah. Pengetahuan, penguasaan dan kemahiran dalam kaedah penyelidikan membantu penyelidik melaksanakan penyelidikan dan menyelesaikan masalah penyelidikan dengan berkesan. Ia juga sangat berkait rapat dengan mutu dan kualtii dapatan penyelidikan. Penyelidikan yang mematuhi prosedur kaedah penyelidikan akan menghasilkan dapatan yang jujur walaupun bukan satu penyelesaian yang bersifat muktamad. Ia juga akan menghasilkan kepuasan kepada diri penyelidik kerana dapatan penyelidikannya dapat memberi manfaat kepada agama, masyarakat dan negara. Buku kaedah penyelidikan sains sosial daripada perspektif Islam ini adalah penyelarasan antara metode penyelidikan dalam pengajian Islam dengan metode penyelidikan sains sosial. Kandungan buku ini mengandungi aspek asas yang diperlukan dalam penyelidikan berkontekskan Islam dan masyarakat Islam di Malaysia. Perbezaan buku ini dnegan buku lain berkenaan metode penyelidikan adalah penumpuan kandungannya terhadap konsep-konsep asas penyelidikan Islam seperti epistemologi, falsafah dan akhlak dalam penyelidikan. Tumpuan juga diberikan kepada penerangan terhadap prosedur asas penyelidikan yang berkaitan dengan kaedah merujuk al-Quran dan hadis, rujukan terhadap ijtihad ulama melalui kitab turath mereka dan pembinaan kerangka teori dan kerangka konsep dalam penyelidikan berkontekskan Islam dan masyarakat Islam. Selain itu, kaedah lazim dalam penyelidikan pengajian Islam juga turut diterangkan. Penyelidikan tindakan, pembangunan penyelidikan, metode kuantitatif, metode kualitatif, persampelan dan kesahan serta kebolehpercayaan dalam penyelidikan pengajian Islam diterangkan dan diolah dnegan bahasa yang mudah bersama contoh yang akrab dengan kajian berkaitan dengan masyakat Islam. Buku ini juga diterbitkan sebagai bahan bacaan tambahan kepada penyelidik, pensyarah dan pelajar pengajian Islam yang mengambil kursus kaedah penyelidikan

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US