​Kanon Melayu

RM35.00
10 days
9789674123857
In stock
+

Kanon Melayu

Author: Norazimah Zakaria

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674123857

Pages: 242pp

Year: 2016

Price: RM35

Kanon merujuk kepada teks Sejarah Melayu yang dianggap sebagai model kepada penulisan genre annal atau silsilah. Sejarah Melayu dilihat sebagai teks yang memberi jaminan kepada kesahihan kebenaran. Pengarang tradisi adalah seorang penyalin, penterjemah kerana dia boleh menyadur, merombak dan menyesuaikan sesebuah karya yang asli supaya menjadi karya yang lebih menarik berdasarkan cita rasanya dan mengikut kepada budaya yang melahirkannya. Peranan pengarang sebagai ‘dagang’ yang mengulang kembali teks kanon, iaitu Sejarah Melayu bagi menghasilkan Hikayat Melayu dilihat mempunyai fungsi yang tertentu. Hikayat Melayu mencerikan kisah zaman sebelum kerajaan Siak, iaitu kisah kesultanan Melayu Melaka sehinggalah kepada kisah kemangkatan Raja Kecil sebagai seorang sultan yang berdaulat dan meninggalkan keturunannya, iaitu di sebelah anak gahara daripada Tengku Mahmud (yang berbalah dengan abangnya Raja Alam, anak orang biasa untuk merebut gelaran Yang Dipertuan Besar Siak) sehinggalah kepada zaman Tengku Akil untuk menerajui pemerintahan di Siak. Tengku Said telah mengisahkan hubungan darah yang berlaku antara Raja Kecil dengan Sultan Mahmud II sebagai peneraju utama cerita, kelangsungan cerita dapat berjalan dengan lancar dengan beberapa episod yang dikaitkan secara langsung dengan kewibawaan Raja Kecil sebagai berdarah keturunan Melaka. Konsep daulat yang ada pada Raja Kecil adalah kesinambungan daripada konsep waadat yang berlaku antara Seri Teri Buana dan Demang Lebar Daun dalam Sejarah Melayu. Sebagai seorang yang berketurunan langsung daripada Iskandar Zulkarnain dan seterusnya Sultan Mahmud II maka daulat yang ada pada diri Raja Kecil tidak boleh dipertikaikan. Hikayat Melayu bukan sahaja lahir sebagai dokumen budaya atau sastera namun kelahirannya amat penting pada zaman dan keturunannya.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu di bahagian atas kanan

2) Pilih buku-buku pilihan anda melalui klik 'Add Chart'

3) Klik 'checkout' jika anda sudah selesai memilih buku pilihan anda

4) Lengkapkan alamat penghantaran anda

5) Buat pembayaran sama ada melalui Online Transfer atau Bank in/ Cash Deposit atau Paypal

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan.

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, untuk bantuan mohon hubungi kami dengan cara berikut:

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 9 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 9 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking nuber akan dihantar terus kepada anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.