Kemahiran Program Kerjaya Remaja: Kemahiran Kerjaya

RM30.00
9789674404185
In stock
+

Kemahiran Program Kerjaya Remaja: Kemahiran Kerjaya


Author: Abdul Hanid Halit

Publisher: USIM Press

ISBN: 9789674404185

Weight:

Pages: 121

Year: 2017

Price : RM30.00


KEMAHIRAN PROGRAM KERJAYA REMAJA adalah karya siri kerjaya Prof. Madya Dr. Abdul Hanid Halit (A.M.N.) berdasarkan kepakaran dan pengalaman dalam bidang ini. Buku-buku tersebut adalah Program Perkembangan Kerjaya Remaja, Pembinaan Modul Program Kerjaya (MPK), Pembinaan Inventori Program Kerjaya (SIPK) dan Profil Perkembangan Kerjaya Dalam Bidang Sains Sosial. Kesemua buku tersebut berdasarkan Donald Super (1971 dan 1990). Buku Kemahiran Program Kerjaya Remaja ini membincangkan kemahiran-kemahiran menguji kesahan dan kebolehpercayaan program kerjaya, implikasi, teoritikal, aplikasi praktikal dan program kerjaya. Oleh itu, untuk mendapatkan lebih kefahaman berkaitan perkembangan kerjaya yang sah dan dipercayai pengguna disyorkan memiliki keempat-empat buah buku ini.


PROF. MADYA DR. ABDUL HANID HALIT (A.M.N.) memperoleh Doktor Falsafah dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor pada 2007. Sebelumnya, pada tahun 2000, beliau memperoleh Diploma lanjutan Latihan dan Pembangunan (IAB) di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang dan juga Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor pada tahun 1998. Beliau seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang Selangor pada tahun 1991 dan Diploma Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) di Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI), Tanjung Malim, Perak pada tahun 1988.

Pada 1975/76, beliau mengikuti pengajaran PPAK di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dan berpengalaman sebagai Kaunselor Pelajar Sepenuh Masa beberapa buah sekolah menengah di Terengganu dan bekas Kaunselor Pentadbir di Pejabat Pelajaran Daerah, Dungun, Terengganu. Mulai pada Ogos tahun 2008 hingga Ogos tahun 2014 beliau bertugas sebagai pensyarah serta Ketua Jabatan, Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US