Perihal Kesederhanaan Dalam Beriktikad
Origin: Al-Iqtisad Fi Al-I'tiqad
Author: Imam al-Ghazali
Translator: Mohamad Hilmi
Publisher: IBDE Ilham Sdn Bhd
ISBN: 9789671549759
Year: 2018
Pages: 271 pp
Teks klasik yang berusia hampir satu alaf ini merupakan salah satu karya penting yang meneruskan wacana Ilmu Kalam menurut neraca Ahli Sunnah. Ia mengandungi sejumlah hujah yang ampuh dalam menjawab kerancuan pemikiran berhubung ketuhanan dan intisari agama. Hujah-hujah yang dibentangkan terhasil daripada analisis dan sintesis terhadap al-Quran dan Hadis menerusi beberapa bidang ilmu lain, seperti logika, bahasa dan etika perdebatan.
Keunikan karya ini membolehkannya kekal sebagai salah satu silibus pengajian Ilmu Kalam iaitu sebagai karya peringkat pertengahan di beberapa institusi pengajian tradisional.
----------------------------------------------------
Ciri Pemisah Antara Islam dan Zindik
Origin: Faysal al-Tafriqah Baina al-Islam wa al-Zandaqah
Author: Imam al-Ghazali
Translator: Farhan Affandi dan Anwar Yusof
Publisher: IBDE Ilham Sdn Bhd
ISBN: 9789671549742
Year: 2018
Pages: 98 pp
Takfir, atau kafir -mengkafir, merupakan antara penyakit yang membawa kepada kemunduran dalam masyarakat Islam berabad lamanya. Melalui buku Faysal al-Tafriqah baina al-Islam wa al-Zandaqah Imam al-Ghazali dengan keluasan Wawasan pemikirannya memberi takrif yang jelas kepada takfir. Beliau meletakkan batasan untuk tidak mengeluarkan orang Islam, walau apa pun kecenderungannya di dalam perpecahan mazhab, daripada lingkungan Islam selagi ia bersaksi atas keesaan Tuhan dan kenabian Muhammad.
Buku ini merupakan salah satu buku Imam al-Ghazali yang paling meluas dibaca.
----------------------------------------------
Penyelamat Daripada Kesesatan
Origin: Al-Munqidz Min Al-Dhalal
Author: Imam Al-Ghazali
Translator: Anwar Yusof & Farhan Affandi
Publisher: IBDE Ilham Sdn Bhd
ISBN: 9789671549704
Pages: 131 pp
Al-Munqidz min al-Dhalal adalah antara karya Imam al-Ghazali yang paling banyak dibaca di seluruh dunia. Kita mengetahui tentang kehidupan beliau terutamanya menerusi buku ini. Al-Munqidz seperti sebuah autobiografi, tetapi bukan autobiografi sepenuhnya. Menerusi buku ini, Imam al-Ghazali bercerita tentang perkembangan intelektual dan kerohanian beliau serta mengemukakan hujah pembelaan terhadap tasawuf sebagai jalan yang membawa kepada pengetahuan tertinggi.
-----------
Imam Abu Hamid Muhammad Al-Ghazali (1058 - 1111 masehi) adalah pengarang kepada sekitar 70 buah karya dalam bidang fekah, tasawuf, ilmu kalam dan juga falsafah. Antara karya beliau yang paling terkenal ialah Ihya Ulumuddin (tasawuf), Tahafut al-Falasidah (falsafah) dan al-Mustasfa fi `ilm al-Usul (usul fekah)
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju dan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.
1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 10 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.
2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 10 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.
3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.
4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.
5. Tracking number akan dihantar terus ke email anda.
6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.