Kombo Langkah Sheraton

List price: RM167.00
RM150.00
You save: RM17.00 (10%) Save 10%
10 days
In stock
+

Tujuh Hari Panjang Saga Sheraton

Editor: Muhamad Takiyuddin Ismail, Suffian Mansor

Publisher: UM Press

ISBN: 9789674881603

Year: 2020

Weight: 0.422 kg

Pages: 294pp

Price: RM60

Tahun 2020 dibuka dengan satu lagi episod bersejarah dalam politik Malaysia iaitu krisis penjajaran semula politik negara atau lebih dikenali umum dengan pelbagai nama seperti Krisis Sheraton, Langkah Sheraton, Operasi Sheraton atau Kudeta Sheraton. Pergolakan “tujuh hari panjang” tersebut menyebabkan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baru sahaja memegang tampuk pemerintahan negara selama dua puluh dua bulan ke tangan gabungan politik baru yang dikenali dengan nama Perikatan Nasional (PN).

Krisis Sheraton mencipta sejarah dan kontroversi apabila buat pertama kalinya, peralihan kuasa tidak dilakukan menerusi mekanisme iaitu pilihan raya umum. Tindakan Perdana Menteri ketika itu, Mahathir Mohamad yang meletakkan jawatan secara mengejut telah memulakan mega plot yang dipenuhi ketidaktentuan, pergelutan, kecelaruan dan kekeliruan. Tidak terhenti di situ, krisis politik ini disusuli pula dengan krisis kesihatan paling mencabar selepas kemerdekaan iaitu wabak Covid-19.Pertembungan krisis politik dan krisis kesihatan ini memberikan dimensi timbal balik yang mendalam terhadap trajektori politik Malaysia.

Buku ini ditulis bagi merenung dan mentafsir perkembangan yang berlaku sebelum, sewaktu dan selepas berakhirnya tujuh hari panjang tersebut. Ia memfokuskan kepada isu-isu utama yang banyak diperbahaskan masyarakat umum seperti apakah motif atau motivasi yang mendasari Krisis Sheraton? Siapakah “Keyser Soze” iaitu individu yang menggerak atau menjadi pencatur utama dalam menjayakan pembentukan kerajaan PN? Bagaimana pendirian dan peranan Sarawak dan Sabah dalam rancangan tersebut?Apakah implikasi Krisis Sheraton terhadap politik dan perundangan di Malaysia? Apakah keunikan peranan yang dimainkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Institusi Raja dalam menyelesaikan krisis yang tidak pernah berlaku itu? Apakah perlantikan Perdana Menteri Interim yang disandang oleh Mahathir selama tujuh hari itu sah di sisi undang-undang? Bagaimanakah DAP berperanan dalam membuka jalan terhadap krisis tersebut? Sejauhmana media sohor kini memberikan jawapan terhadap teka teki yang wujud sepanjang berlangsungnya krisis?

Apakah sumbangan yang dimainkan oleh gabungan Muafakat Nasional? Bagaimana golongan muda seperti mahasiswa memberi reaksi mereka terhadap krisis yang berlangsung dan tidak ketinggalan, bagaimana krisis Covid-19 dihujahkan menjadi ‘penyelamat’ kepada legitimasi Perdana Menteri baru, Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN yang dipimpinnya. Ditulis dengan gabungan pendekatan akademik dan popular dan dibantu dengan maklumat-maklumat primer, buku ini di harap dapat menjadi rujukan preliminari mengenai saga yang telah mencipta enigma tersendiri.

==================

Khianat: Tumbangnya Kerajaan Pilihan Rakyat

Publisher: Institut Darul Ehsan

ISBN: 9789672066354

Year: 2020

Weight: 0.30 kg

Pages: 250 pp

Price: RM39

Setelah memerintah selama 22 bulan, kerajaan PH yang mendapat mandat rakyat tumbang akibat daripada pengkhianatan. Pengkhianatan kepada kerajaan PH yang diketuai oleh Muhyiddin dan Azmin Ali telah menyebabkan rakyat, khususnya generasi muda cukup kecewa dengan politik tanah air.

===================

Mesyuarat Terakhir: The Last Meeting

Author: M. Hafizul Hilmi

ISBN: 9789671821503

Year: 2020

Weight: 0.450 kg

Pages: 280 pp

Price: RM30

Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 21 Februari 2020 amat penting untuk dirakam kerana ia adalah satu lagi titik yang mengubah haluan politik Malaysia, titik yang memisahkan banyak pihak dan titik yang melukiskan wajah sebenar sesetengah ahli politik. Mesyuarat Terakhir atau The Last Meeting adalah satu simbolik kepada berakhirnya keutuhan Pakatan Harapan sebagai sebuah gabungan politik yang berjaya membentuk kerajaan Malaysia yang baharu.

Naskhah ini menyorot rentetan peristiwa yang berlaku, sebelum, semasa dan selepas berlangsungnya mesyuarat tersebut, yang membawa kepada tercetusnya krisis pelantikan Perdana Menteri ke-8 yang berlanjutan selama beberapa hari. Siapakah sebenarnya dalang di sebalik kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan?

=====================

Langkah Sheraton

Author: Ahmad Faezal

Publisher: Patriots Publications

ISBN: 9789672437086

Year: 2020

Weight: 0.30 kg

Pages: 216 pp

Price: RM38

Apabila virus mula menjadikan mayapada ini mula porak peranda, Malaysia juga turut terpalit sama. Di sebalik kekalutan dan masalah yang melanda, Malaysia yang suhu politiknya agak mendatar tiba-tiba naik mendadak pada hari itu.

Segalanya bermula di sebuah hotel di Petaling Jaya, hampir keseluruhan ahli-ahli parlimen berkumpul di sebuah majlis. Rakyat dan para penyokong mula berteori, apakah niat dan tujuan majlis ini? Apakah akan terbentuk sebuah kerajaan baharu di tengah-tengah wabak yang menggila ini?

Akar permasalahan ini segalanya bermula pada 2 September 1998. Adakah perseteruan mereka ini mencapai kemuncak di hotel atau akan terus mewarnai politik negara hingga satu masa nanti.

Segalanya mungkin berakhir atau bermula di SHERATON.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju dan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 10 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 10 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking number akan dihantar terus ke email anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

HUBUNGI KAMI