​Konsep Al-Lata'if Menurut Imam Fakhr Al-Din Al-Razi dalam Mafatih Al-Ghayb

RM30.00
9789674127046
In stock
+

Konsep Al-Lata'if Menurut Imam Fakhr Al-Din Al-Razi dalam Mafatih Al-Ghayb

Author: Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674127046

Year: 2019

Pages: 169pp

Price: RM30

Imam Fakhr al-Din al-Razi (w 606 H) merupakan tokoh cendiakawan Islam yang tersohor. Karya beliau yang terbesar ditulis pada penghujung hayatnya adalah al-Tafsir al-Kabir. Tafsir ini telah mendapat pujian dan kritikan daripada para pengkaji dalam pelbagai konteks dan lapangan bidang kajian. Namun, penulis telah berjaya menyelongkar satu lagi permata berharga daripada karya yang juga dikenali sebagai Mafatih al-Ghayb ini, iaitu berkenaan dengan perbahasan mengenai Lata 'if Quraniyah. Perbahasan ini amat penting supaya bidang Pengajian al-Quran sentiasa lestari dan proses tadabbur menjadi semakin efisyen. Hasil kajian tesis peringkat Doktor Falsafah ini mendapati bahawa Imam al-Razi adalah mufassir pertama yang memberikan pedoman awal kepada kita dalam proses tadabbur al-Quran berdasarkan kepada al-Lata'if, sehingga beliau dinobatkan oleh penulis sebagai Pengasas ilmu Lata'if Quraniyah. Beliau didapati mengikat al-Lata'if dengan ilmu fardu ain (akidah, tasawuf, fikah) dan segala topik di bawah lembayung Ulum al-Quran secara komprehensif. Wacana al-Lata'if juga memberikan jawapan bahawa dalam tafsir ini mencakupi segala bidang keilmuan, dengan ilmu tafsir menjadi tunjangan. Tanpa terikat dengan uslub yang tertentu, Imam al-Razi memberi bayangan bahawa proses tadabbur al-Quran adalah ibarat burung yang bebas berterbangan namun tetap mengetahui sarang tempat untuknya kembali, dengan menjadikan ilmu al-Bayan dan al-Munasabat sebagai sayap utamanya. Kemuncaknya, nyatalah al-Rahman dalam kehidupan insan.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US