Maqasid Al-Quran: Peranan & Pembudayaan

RM25.00
9789674123970
In stock
+

Maqasid Al-Quran: Peranan & Pembudayaan

Editor: Mazlan Ibrahim, Sabri Mohamad & Mohd Arif Nazri

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674123970

Year: 2016

Weight: 0.200 kg

Pages: 158 pp

Price: RM25

Umat Islam berkewajiban untuk membudayakan al-Quran dengan membaca, menghafal, merenungi, memahami dan mentafsirkannya serta diamalkan dalam kehidupan harian. Tidak ada yang lebih baik selain usaha untuk merealisasikannya sesuai dengan kadar kemampuan. Umat Islam juga semestinya berlaku baik terhadap al-Quran dengan mengikuti petunjuknya, mengamalkan ajarannya, menghukum sesuai syarak serta mengajak manusia mengikuti petunjukanya. Ini kerana ianya adalah manhaj bagi kehidpan individu, undang-undang bagi aturan politik serta petunjuk dalam berdakwah kepada Allah SWT. Namun, terdapat usaha dari musuh-musuh Islam untuk menghalang mereka ke arah itu. Oleh sebab itu, usaha memahami maqasid al-Quran menjadi sangat signifikan sebagai salah satu penawar untuk mengubati virus penyakit yang disebarkan oleh mereka. Hal ini diusahakan agar umat Islam tidak mengalami hal serupa yang pernah berlaku ke atas umat terdahulu yang diungkapkan oleh al-Quran dalam firman-Nya (al-Jumu’ah 62: 5): Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan Dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan mengetahui dan melaksanakan hukum Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. Maka tujuan buku ini adalah untuk melihat usaha para ulama dalam menjelaskan maqasid al-Quran, begitu juga kaedah berinteraksi dan membudayakannya sehingga ianya mampu memberi impak yang mendalam terhadap kehidupan individu dan masyarakat.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US