Metodologi Hafazan Al Quran

RM38.00
10 days
9789831008119
In stock
+

Metodologi Hafazan Al Quran

Author: Sedek Ariffin & Zulkifli Mohd Yusoff

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831008119

Weight:

Year: 2015

Page:

Price: RM38

Hafazan merupakan suatu teknik yang telah sekian lama dipraktikkan dalam pelbagai disiplin ilmu dan digunakan sebagai salah satu teknik pemeliharaan al-Quran. Dalam proses penghafazan al-Quran, metodologi merupakan perkara asas yang sangat penting dan pokok bagi memastikan para penghafaz bukan sekadar mampu menghafaz namun lebih utama lagi adalah memastikan setiap ayat yang dihafal mampu dipahat dan dibaca semula tanpa melihat mushaf al-Quran dari awal surah al-Fatihah hingga ke akhir surah al-Nas. Buku ini menganalisis beberapa metodologi yang telah diguna pakai di Malaysia serta terbukti mampu menghasilkan para huffaz yang rasikh hafalannya dan mampu membaca keseluruhan al-Quran tanpa melihat kepada mushaf.

Kaedah-kaedah tersebut adalah kaedah Deobandy dari India, kaedah Panipati yang diamalkan di Pakistan, kaedah Luh dari Makkah al-Mukarramah, kaedah Cirebon dari Indonesia, kaedah Malwali dari Bangladesh dan kaedah Turki. Penulis mengkaji aspek-aspek pelaksanaan kaedah tersebut yang meliputi jadual harian, masa yang diperuntukkan serta kaitannya dengan tahap kemampuan seseorang huffaz.

Berdasarkan analisis terhadap kaedah-kaedah tersebut, terdapat tiga rukun utama yang perlu dipatuhi bagi memastikan para huffaz mampu mengingati keseluruhan al-Quran. Tiga rukun tersebut boleh dinyatakan sebagai hafalan baru, ulangan baru dan ulangan lama. Tiga rukun ini perlu bergerak serentak dan secara sistematik berdasarkan waktu dan kemampuan seseorang pelajar. Ini bagi memastikan keserasian hafalan baru dan pengulangan hafalan lama dapat diseimbangkan.

Semoga dengan adanya tulisan ini mampu membantu pihak pengurusan tahfiz al-Quran serta para huffaz dalam usaha memelihara al-Quran.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju dan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 10 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 10 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking number akan dihantar terus ke email anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.


JAMINAN KAMI

HUBUNGI KAMI