Modul Hubungan Etnik

RM25.00
10 days
9789671091401
In stock
+

Modul Hubungan Etnik

Editor: Shamsul Amri Baharuddin

Publisher: Institut Kajian Etnik (KITA)

ISBN: 9789671091401

Year: 2012

Pages: 250 pp

Price: RM25

Kursus Hubungan Etnik telah diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini sejak tahun 2005. Bagi menampung keperluan para pelajar terbabit, satu modul telah diterbitkan dengan tujuan untuk mendedahkan mereka kepada tajuk- tajuk asas meliputi pelbagai bidang seperti perlembagaan, politik, ekonomi, agama dan pendidikan. Selari dengan janji kami untuk terus membaiki modul bagi kursus ini secara berterusan dan berkala,berdasarkan perkembangan semasa dan juga maklum balas daripada pelbagai pihak, terutama pensyarah dan pelajar, maka kami pun mengambil keputusan untuk menerbitkan buku baharu ini.

Buku ini berbeza daripada modul terdahulu dari segi konsep, orientasi dan kandungan. Jika dalam modul sebelumnya, kerangka konseptual adalah berteraskan paradagima konflik, tetapi dalam bukuini kerangka konseptual adalah berdasarkan paradigma kesepaduan sosial sebagai suatu pendekatan alternatif untuk melihat hubungan etnik di Malaysia dan kompleksiti yang wujud di dalamnya.

Buku ini memberikan tumpuan bukan sahaja kepada konsep takrifan autoriti,tetapi juga takrifan harian. Dengan itu, perbincangan bukan sahaja tertumpu kepada himpunan dasar dan langkah yang digagaskan oleh kerajaan dalam usaha mencapai kesepaduan dan perpaduan, tetapi memaparkan juga bagaimana rakyat di peringkat akar umbi berinteraksi dalam pelbagai aktiviti harian. Ini bermakna, pola hubungan etnik di negara ini dibincangkan dari perspektif bagi memberi gambaran yang lebih menyeluruh tentang realiti sosiopolitik yang wujud di negara ini.

Buku ini cuba mengelakkan beberapa kelemahan yang terkandung dalam modul sebelumnya dari segi perulangan fakta dan tajuk yang ketara dan juga tahap keterbacaan, penyampaian dan pengolahan bahan. Modul ini tidak mendakwa sebagai teks yang definitif, terperinci dan menyeluruh, tetapi lebih sebagai bahan rangsangan untuk pelajar terus menerokai pelbagai sempadan ilmu yang berkemungkinan berkait dengan hubungan etnik di negara ini. Diharapkan para pelajar dapat menjadikan bahan perbincangan dalam buku ini untuk memikir dan meneliti isu dan hal-hal penting bersabit dengan hubungan etnik kerana hubungan etnik merupakan sebahagian daripada kehidupan dan pengalaman seharian kita semua.

Buku ini ditulis oleh 24 orang penulis, daripada latar belakang disiplin yang berbeza, daripada pelbagai institusi, termasuk pakar dalam bidang hubungan etnik, sains politik, perlembagaan, ekonomi, sejarah, sosiologi, antropologi, agama dan pendidikan. Proses penulisan dan pembaikan buku ini telah melalui pelbagai tahap yang mengambil masa selama 14 bulan. Pada peringkat awal, sesi taklimat dan percambahan pemikiran diadakan bagi menentu dan menjelaskan orientasi dan konsep yang sesuai digunakan. Kemudian, beberapa bengkel penulisan dan perbincangan lanjut diadakan bagi tujuan pemurniaan, sebelum manuskrip diserahkan kepada pakar untuk dinilai. Seramai 11 orang pakar telah memberikan komen yang kritis dan konstruktif kepada manuskrip awal buku ini.

Berdasarkan maklumbalas dan cadangan pakar, pembaikan dilakukan terhadap manuskrip asal sebelum proses penyuntingan dilakukan. Tugas menulis modul seperti ini adalah rumit, rencam dan remeh, dan memerlukan ketelitian, tumpuan tanpa berbelah bahagi dan komitmen oleh semua pihak. Melalui kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit, khususnya para penulis, penilai, penyunting, pengindeks dan pereka letak. Kepada Kementerian Pengajian Tinggi, terima kasih daun keladi kerana memberi sokongan dan bantuanyang diperlukan sehingga memungkinkan buku ini diterbitkan.

Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin

Ketua Editor


1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju dan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 10 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 10 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking number akan dihantar terus ke email anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI