​Nafkah Anak dan Tuntutan di Mahkamah Syariah

RM25.00
9789674127800
Out of stock

Nafkah Anak dan Tuntutan di Mahkamah Syariah

Author: Zaini Nasohah

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674127800

Pages: 90pp

Year: 2019

Price: RM25

Buku in, membahaskan tentang nafkah anak dari perpektif hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam di Malaysia. Nafkah kepada anak merupakan salah satu cabang kepada nafkah keluarga. Bagi anak yang berharta nafkahnya hendaklah diambil dari hartanya sendiri. Anak yang tidak mempunyai harta atau tidak mampu bekerja pula nafkahnya wajib ditanggung oleh orang yang bertanggungan menurut hukum syarak dengan syarat-syarat tertentu. Jenis-jenis nafkah anaak adalah merangkumi tempat tinggal, makanan, pakaian, biaya pendidikan serta perubatan. Sebagaimana nafkah isteri, kadar nafkah anak juga hendaklah mencukupi. Dalam menentukan kadar nafkah keadaan kedua-dua pihak hendaklah dinilai. Perbincangan tentang nafkah anak tidak terhad kepada nafkah anak kandung sahaja tetapi turut menyentuh anak pungut, anak angkat dan anak tidak sah taraf. Setiap negeri di Malaysia mempunyai Akta atau Enakmen Undang-undang Keluarga Islam masing-masing. Tuntutan nafkah anak di Mahkamah Syariah mempunyai tatacaranya tersendiri sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta atau Enakmen yang berkenaan. Tatacara yang ditetapkan perlu diikuti bagi melancarkan proses tuntutan. Selain menerusi perbicaraan biasa, terdapat beberapa alternatif Iain untuk menyelesaikan tuntutan nafkah. Salah satu daripadanya menerusi Sulh. Untuk memastikan perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah dipatuhi, tindakan susulan bagi penguatkuasaan dan pelaksanaan perlu dilakukan. Pada waktu ini fungsi penguatkuasaan perintah mahkamah berkaitan nafkah ini turut dimainkan oleh Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga (SBSK) Mahkamah Syariah negeri-negeri, Walaupun ketetapan hukum syarak telah jelas dan undang-undang semasa juga memperuntukkannya dengan nyata, masih wujud masalah-masalah pelaksanaan yang sering berbangkit. Sebahagian masalah tersebut berkait rapat dengan sikap pihak-pihak yang bertikai. Dalam penyelesaian tuntutan nafkah, kejujuran dan keikhlasan adalah amat penting. Jika ada pihak-pihak yang tidak memberikan keterangan yang betul seperti menyembunyikan fakta kemampuan kewangan dan lain-lain lagi, maka kemungkinan akan ada pihak yang teraniaya. Pihak yang menerima kesan langsung adalah anak yang perlukan nafkah berkenaan. Buku ini sesuai untuk bacaan semua golongan yang berhasrat mengetahui secara mendalam persoalan-persoalan hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam berkaitan nafkah anak seperti para pengamal undang-undang, pelajar ataupun masyarakat awam yang lain yang berminat.

ZAINI NASOHAH, PhD., adalah Profesor Madya di Pusat Fiqh Kontemporari dan Pematuhan Syariah (FIKAH), Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau berpengalaman lebih 18 tahun dalam penyelidikan dan penulisan khususnya dalam bidang Pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia, Undang-undang Keluarga Islam dan lain-lain isu berkaitan penguatkuasaan undang-undang syariah. Beliau turut menganggotai beberapa jawatankuasa pada peringkat kebangsaan dalam bidang kepakarannya.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US