​Natijah Syahadah: Impak Pemelukan Islam di Sisi Undang-undang

RM30.00
9789674126957
In stock
+

Natijah Syahadah: Impak Pemelukan Islam di Sisi Undang-undang

Author: Azlan Shah Nabees Khan & Mohd Al Adib Samuri
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674126957
Pages: 109
Weight:
Year: 2018
Price: RM30

Kebanyakan mualaf tidak mendapat maklumat yang mencukupi tentang impak perundangan akibat daripada pemelukan Islam. Tambahan pula, kemajmukan sistem perundangan di Malaysia begitu kompleks dan seringkali menimbulkan kekeliruan pihak-pihak dalam isu perundangan berkaitan mualaf. Sehubungan itu, buku ini menerangkan impak perundangan yang dialami oleh mualaf dan keluarganya pada aspek pertukaran identiti, pembubaran perkahwinan sivil dan pembahagian harta perkahwinan, tuntutan hak jagaan dan penjagaan anak, penentuan agama anak, penentuan agama jenazah, perwarisan harta pusaka dan pencen terbitan. Perbahasan setiap topik ini berdasarkan kerangka undang-undang sivil, pandangan fikah Islam dan juga undang-undang Islam di negeri-negeri di Malaysia. Buku ini bersesuaian untuk mualaf, pegawai agama di institusi Islam, agamawan dan aktivis dakwah dalam masyarakat, peguam sivil dan syarie serta ahli badan kehakiman sivil dan syariah.

AZLAN SHAH NABEES KHAN, pelajar pascasiswazah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang dakwah. MOHD AL ADIB BIN SAMURI, Ph.D adalah Pensyarah Kanan di Pusat Fiqh Kontemporari dan Pematuhan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mengkhusus dalam bidang undang-undang kanak-kanak dan hak asasi manusia dalam Islam.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US