​Panorama Bahasa Melayu Sepanjang Zaman

RM45.00
9789831005002
In stock
+

Panorama Bahasa Melayu Sepanjang Zaman

Author/Editor: Nik Safiah Karim

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831005002

Weight: 200

Pages: 118

Year: 2010

Price: RM45


Bahasa Melayu mempunyai sejarah yang gilang-gemilang. Sejak zaman silam lagi bahasa Melayu menjadi lingua franca bagi kawasan Kepulauan Melayu. Apabila Islam datang ke kawasan ini, bahasa Melayu berperanan sebagai alat untuk penyebarannya. Demikian juga, di pusat kebudayaan lama seperti Acheh dan Riau, kegiatan keintelektualan dijalankan dalam bahasa Melayu. Pada kemuncak kegemilangan Kesultanan Melayu di Melaka, bahasa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perdagangan, bahasa perundangan, bahasa sastera dan bahasa perhubungan ahli masyarakat yang terdiri bukan sahaja daripada orang Melayu tetapi juga penduduk seluruh kepulauan Melayu dan orang asing yang datang untuk berniaga. Kini bahasa Melayu mejadi bahasa kebangsaan empat buah negara, iaitu Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura, dan dituturkan dengan luasnya oleh beberapa kelompok masyarakat lain seperti di selatan Thailand dan Kepulauan Cocos.

Buku ini memberi gambaran berkaitan ciri dan gaya bahasa Melayu, daripada bentuk yang pertama diketahui, iaitu pada batu-batu bersurat yang dipercayai dihasilkan pada abad ke-7, kemudian meliputi perubahan sepanjang zaman dalam pelbagai variasi dan genre, hingga kini, zaman kemajuan ilmu-ilmu moden. Semoga tinjauan Panorama Bahasa Melayu Sepanjang Zaman ini menjadi bukti kepada generasi muda tentang kegemilangan bahasa kebangsaan kita.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US