RM35.00
9789672007432
In stock
+
Peguam Kriminal

Author: Ariff Azami Hussein

Publisher: ILHAM Press

ISBN: 978-967-2007-43-2

Weight: 0.35 kg

Year: 2021

Page: 183 pp

Price: RM35

Kerap kali status kerjaya peguam jenayah menjadi persoalan yang bermain di kepala kita. Adakah mereka ini bersekongkol dengan penjenayah untuk melepaskan diri secara sah melalui proses perundangan? Apakah sistem perundangan kita sebegitu longgar sehinggakan peguam jenayah ini boleh melepaskan anak guam mereka yang dituduh dari kesalahan di mahkamah?

Buku Peguam Kriminal merupakan karya pertama Ariff Azami yang terkenal dengan blog Loyar Berjurus ini akan merubah pandangan anda terhadap kerjaya peguam jenayah yang seringkali dipandang negatif dalam masyarakat.

Menyoroti perjalanan kes dan kisah sebalik tabir seorang peguam kriminal, penulis menghidangkan kepada kita dunia penuh teknikaliti ini dengan bahasa yang ringkas, dan mudah difahami bagi mereka yang bukan berlatar belakangkan bidang guaman.

Innocent until proven guilty!

"Satu cetusan pengalaman yang amat menarik untuk dikongsi bersama dengan masyarakat tentang liku-liku dan tanggungjawab seorang peguam yang mengendalikan kes-kes jenayah di negara ini."

Dato’ Setia Salehuddin Saidin, Peguambela dan Peguamcara

------

Ariff Azami bin Hussein atau nama penanya Loyar Berjurus mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda LL.B (Hons) daripada Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim di Universiti Islam Antarabangsa. Beliau merupakan seorang peguambela dan peguamcara yang beramal sebagai peguam kes-kes jenayah. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai seorang Timbalan Pendakwa Raya. Kini, beliau adalah rakan kongsi di firma guaman Tetuan Azizzul & Ariff yang beralamat di Bangi.

------

Untuk membaca salah satu bab dalam buku ini,rujuk di sini.


1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US