Pembunuhan Di Tanah Perkebunan

RM20.00
9789671390719
In stock
+

Pembunuhan Di Tanah Perkebunan: Sebuah Satira Siasah

Author: Muhaimin Sulam
Page : 186 pp.
ISBN: 9789671390719
Publisher: ILHAM Books
Published: 2016

Kisah ini bermula dari di sebuah tanah perkebunan yang telah memberi banyak manfaatkan kepada orang tempatan. Tanahnya subur dan hasil perkebunannya juga banyak.

Diceritakan bagaimana tanah perkebunan itu mula dibuka dan berkembang. Walaubagaimanapun, telah berlaku beberapa perubahan hingga wujud perselisihan yang membawa terjadinya pembunuhan kejam di tanah perkebunan. Kedatangan para pekebun muda yang mendakwa mewarisi usaha Tun Sang Jana Khatib bukan sedikit menimbulkan ketidaktentuan di tanah perkebunan itu. Haiwan-haiwan seperti ayam, monyet, babi hutan, anjing di tanah perkebunan adalah perlambangan. Hilang kasih sayang, toleransi dan sabar. Silaturahim tiba-tiba luput. Mereka berseteru sesama sendiri.

Kebijaksanaan Siti Marjinah menyelamatkan keadaan tetapi sementara. Keadaan semakin kacau bilau hingga tanah perkebunan tidak lagi aman dan selamat. Api kebencian antara para pekebun yang sama-sama membangunkan tanah perkebunan itu membakar marak. Adakah ini yang mendorong kuat untuk sesetengah pekebun nekad meredah hutan belantara bagi membuka kebun baru? Dorongan-dorongan itu hanya difahami dengan membaca novel ini hingga khatam.

===

Apabila beliau menunjukan manuskrip buku "Pembunuhan Di Tanah Perkebunan" saya tersentak. Muhaimin telah berjaya menceritakan tragedi yang berlaku dalam PAS dengan penuh bidalan. Semua aktor, tempat dan naratif cerita ini penuh simbolik yang mencerita apa yang berlaku dalam PAS sebenarnya. Membaca bagaimana Muhaimin bercerita, terasa di dalam hati saya betapa pedihnya perasaan mereka yang terlibat dengan "pembunuhan" ini.

"Di perkebunannya yang menghijau telah terpercik darah merah ke daun daun kering yang meliputi lantai tanah. Terkulai sekujur jasad mati terbunuh di hadapan orang kampong itu. Semua berbisik sesama sendiri. Satu demi satu, jasad yang terkulai layu bertambah. Bukan satu! Mereka mesti dibunuh. Secara terbuka atau sulit. Jangan ditinggalkan bakanya. Sekali seorang ditetak, sepuluh rebah."

Bagi saya, inilah yang berlaku dalam PAS ketika memuncaknya kempen menjelang Muktamar PAS ke 61. "Darah mengalir" di sana sini, namun semuanya dikatakan "sebagai amaran dari langit!”

Zulkifli Sulong, The Malaysian Insider

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US