​Pendidikan Dewasa: Teori, Amalan Dan Hala Tuju

RM30.00
9789672512431
Out of stock

Pendidikan Dewasa: Teori, Amalan Dan Hala Tuju

Author: Abdul Razzaq Ahmad

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789672512431

Weight: 200g

Pages: 190

Year: 2021

Price: RM30

Buku Pendidikan Dewasa: Teori, Amalan dan Hala Tuju ini membincangkan tentang konsep dan teori berkaitan dengan pendidikan dewasa. Pendidikan dewasa merupakan satu bentuk pendidikan sepanjang hayat yang berasaskan pengalaman dan amalan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kehidupan orang dewasa secara berterusan. Pendekatan pengajaran androgagi adalah sangat sesuai dengan keperluan dan proses persekitaran pembelajaran orang dewasa kerana ianya bersifat luwes dan mesra pembelajaran. Buku ini juga turut menghuraikan perkembangan pembangunan pendidikan dewasa yang dilaksanakan oleh kementerian luar bandar di bawah agensi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) terutamanya bagi program yang berkaitan dengan kemahiran yang berbentuk 'hard skills' dan 'soft skills' dalam kalangan komuniti orang dewasa luar bandar sejak sekian lama. Program ini telah banyak membantu meningkatkan sosioekonomi dalam kehidupan komuniti orang dewasa luar bandar. Isu-isu dan perkembangan pendidikan dewasa dalam dan luar negara turut diperbincangkan bagi menjadikan asas dalam melestarikan kesejahteraan komuniti melalui pendidikan dewasa. Buku ini amat sesuai dijadikan bahan rujukan kepada pelbagai ilmuan dan pengajian tinggi serta kolej-kolej komuniti yang mempunyai program yang berkaitan dengan pendidikan sepanjang hayat khususnya bagi orang dewasa.

ABDUL RAZAQ AHMAD, Prof. Dato' Dr. ialah Profesor Sosiologi Pendidikan dan Pendidikan Sejarah di Fakulti Pendidikan, UKM. Beliau banyak menghasilkan jurnal dan buku berkaitan dengan kepakaran beliau serta bergerak aktif dalam aktiviti khidmat sosial komuniti luar bandar. Selain daripada itu, beliau juga adalah pengurus kepada Akademi Menara Gading, Yayasan Al-Sultan Abdullah yang mengendalikan program pembangunan pendidikan pelajar-pelajar miskin, anak yatim dan Orang Asli. Selain daripada itu, beliau juga terlibat aktif dalam pembangunan komuniti orang dewasa di kawasan luar bandar khususnya di negeri Pahang

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US