Pendidikan Sejarah Pemikiran, Pemahaman dan Empati

RM29.00
10 days
978-967-461-395-2
In stock
+
Pendidikan Sejarah Pemikiran, Pemahaman dan Empati

Author: Siti Hawa Abdullah

Publisher: USM Press

ISBN: 978-967-461-395-2

Pages:

Year:

Weight:

Price: RM29

Pemikiran, pemahaman dan empati merupakan antara kemahiran utama dalam ilmu sejarah yang perlu dikuasai oleh sejarawan, para pendidik dan warga pendidikan sejarah. Penguasaan terhadap ketiga-tiga unsur ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa ilmu sejarah adalah asas kepada pembinaan jati diri individu, masyarakat, bangsa, negara dan agama. Justeru, buku ini memaparkan tujuh bab bagi menjelaskan hakikat bahawa sejarah yang bersifat abstrak itu sebenarnya adalah dinamik lagi futuristik.

Pengajaran dan pembelajarannya memerlukan penglibatan interaktif ketiga-tiga domain kognitif, afektif dan psikomotor, supaya sesuatu peristiwa atau tindakan seseorang tokoh itu boleh diketahui dengan lebih lanjut, difahami dengan lebih mendalam, dan difikirkan sebab-musababnya. Kedinamikan ilmu sejarah adalah pada kecenderungan dan kemahiran dalam menyiasat, menyoal, menaakul serta mentafsir sesuatu peristiwa atau tindakan seseorang tokoh, berasaskan bukti yang konkrit.

Tujuannya adalah untuk membolehkan seseorang memahami sejarah dengan lebih berhemah, mengambil pengajaran dan iktibar daripada pengalaman lampau, mengaitkannya dengan keadaan masa kini sebagai persediaan untuk masa hadapan yang lebih sejahtera. Garapan atau rumusan ketiga-tiga unsur sejarah yang diketengahkan oleh penyelidik dan penyelidikan tempatan serta antarabangsa, memerlukan kearifan berfikir acuan tempatan bagi mengisi keperluan Pendidikan Abad ke-21 dan menangani tuntutan Revolusi Industri 4.0.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju dan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 10 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 10 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking number akan dihantar terus ke email anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.


JAMINAN KAMI

HUBUNGI KAMI