​Pengurusan Ikhtilaf dalam Dakwah

RM30.00
10 days
9789674126339
In stock
+

Pengurusan Ikhtilaf dalam Dakwah

Author: Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, Abdul Ghafar Don & Adawiyah Ismail

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674126339

Pages: 129pp

Year: 2018

Weight: 0.203kg

Price: RM30

Ikhtilaf merupakan seni kehidupan bermasyarakat. Kehidupan leblh bermakna dan bererti dengan kepelbagaian ciptaan Allah SWT. Oleh yang demikian, perbezaan dalam lapangan menguruskan kehidupan manusia adalah kemestian yang tidak dapat dielakkan. Perbezaan yang berlaku menuntut manusia supaya mencari jawapan yang sesuai berpandukan kepada ajaran Islam. Islam adalah agama yang sesuai untuk semua keadaan manusia. Ikhtilaf yang berlaku perlu diuruskan dengan berhemah. Oleh itu, pengurusan ikhtilaf sangat penting sebagai salah satu langkah penyatuan ummah dalam membina masyarakat yang terbaik dunia dan akhirat. Ikhtilaf yang berlaku termasuk dalam kepelbagaian yang boleh membawa kepada kesejahteraan masyarakat jika diuruskan dengan baik. Namun, sebaliknya ikhtilaf yang berlaku boleh membawa ke arah perpecahan dan perbalahan dan akhirnya menimbulkan fitnah dalam masyarakat jika tidak diuruskan dengan betul. Buku ini membincangkan berkaitan ikhtilaf yang berlaku dan bagaimana cara menguruskan ikhtilaf supaya kesatuan umat terbina. Buku ini mengandungi 10 bab yang membincangkan tentang ikhtilaf dan pengurusan ikhtilaf. Antara tajuk yang dibincangkan adalah seperti pengertian ikhtilaf, sejarah, pembahagian, faktor, jenis, cabaran dan pengurusan ikhtilaf. Buku ini sesuai dibaca oleh pelbagai peringkat masyarakat terutama bagi yang berkecimpung dalam dunia dakwah. Semoga buku ini bermanfaat bagi melahirkan masyarakat yang saling memahami antara satu sama lain ke arah pembinaan masyarakat yang sejahtera di bawah naungan Islam.

MOHAMAD ZULKIFLI ABDUL GHANI, PhD., Pensyarah di Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Mataysia (UKM). Beliau banyak menulis berkaitan wasatiyyah dakwah, tokoh dakwah, kesejahteraan masyarakat, fiqh aulawiyyat, adab ikhtilaf dan lain-lain lagi. ABDUL GHAFAR DON, PhD., Profesor Madya di Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, UKM. Bidang kepakaran beliau adalah dakwah kepada nonmuslim dan organisasi Islam. ADAWIYAH ISMAIL, PhD., Pensyarah juga dari pusat pengajian yang sama. Bidang kepakaran beliau adalah dakwah wanita dan keluarga sama ada berkaitan dengan pembangunan keluarga, permasalahan dan sebagainya.


1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju dan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 10 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 10 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking number akan dihantar terus ke email anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI