​Pengurusan Sisa Pasca Banjir: Pengalaman Bersama Komuniti Dan Pelaksana

RM25.00
9789672512455
In stock
+

Pengurusan Sisa Pasca Banjir: Pengalaman Bersama Komuniti Dan Pelaksana

Editor: Nur Zakiah Mohd Saat, Muhammad Ikram A Wahab, Nor Marlia Abd Warif

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789672512455

Weight: 100g

Pages: 70

Year: 2021

Price: RM25


Buku ini ditulis bagi membincangkan isu yang berkaitan dengan pengalaman pengurusan sisa dan penularan penyakit yang berlaku pada pasca banjir. Buku ini turut membincangkan pandangan pihak komuniti dan pihak berkepentingan dalam pengurusan sisa banjir yang betul. Malahan dalam buku ini turut menerangkan amalan pengurusan sisa penduduk di kawasan yang dilanda banjir di Kelantan pada 2014. Penulis berharap para pembaca akan memperoleh manfaat mengenai amalan yang baik dalam pengurusan sisa terutamanya sisa banjir bagi menjamin kelestarian alam sekitar serta mengelakkan penularan penyakit selepas banjir. Buku ini sesuai untuk para pelajar siswazah, penyelidik, NGO dan komuniti supaya dapat memberi gambaran persediaan yang boleh dilakukan dalam pengurusan sisa sekiranya bencana banjir berlaku. Penerbitan buku ini adalah selari dengan usaha pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia bahawa kepentingan pengurusan sisa banjir adalah penting bagi memastikan kualiti hidup penduduk kurang terjejas akibat banjir. Oleh itu, diharapkan buku ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan pengurusan sisa demi menjamin pemuliharaan alam sekitar dan keselesaan masyarakat.

NUR ZAKIAH MOHD SAAT, PhD, Pensyarah Kanan di Program Sains Bioperubatan, Pusat Kajian Kesihatan Komuniti, Fakulti Sains Keishatan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang Kesihatan Masyarakat dan Biostatistik. MUHAMMAD IKRAM A WAHAB, PhD, Pensyarah Kanan di Program Kesihatan Persekitaran & Keselamatan Industri, Pusat Kajian Toksikologi dan Risiko Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebnagsaan Malaysia. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang Pengurusan Kejuruteraan Alam Sekitar. NOR MARLIA ABD WARIF, PhD, Pensyarah Kanan di Program Sains Bioperubatan, Pusat Kajian Toksikologi dan Risiko Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang Sains Bioperubatan khususnya Imunologi selain terlibat juga dalam Kesihatan Komuniti.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US