​Perlakuan Imazapic & Imazapyr dalam Ekosistem Sawah Padi

RM35.00
9789674129811
In stock
+

Perlakuan Imazapic & Imazapyr dalam Ekosistem Sawah Padi

Author: Fatimah S.M Bajrai, Khairiatul Mardiana Jansar & Muhammad Nazirul Atif Adzhar
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674129811
Weight: 0.311kg
Pages: 216
Year: 2020
Price: RM35

Buku ini membincangkan berkaitan penggunaan Imazapic dan Imazapys terhadap penghasilan kualiti padi secara optimum yang merupakan tanaman utama di negara ini. Buku ini membincangkan empat pemerhatian lapangan yang telah dijalankan sepanjang dua musim penanaman padi di Sungai Rambai, Melaka untuk menentukan keberkesanan gabungan imazapic dan imazapyr (OnDutyM) bagi mengawal padi angin. Setiap petak sawah berkeluasan 1 hektar disembur dengan empat dos yang berbeza, iaitu 0, 75, 150, dan 300 g a.i/ha pada hari ketiga selepas benih ditabur. Kajian bagi menentukan populasi rumpai, prestasi hasil padi, pengoptimuman kaedah pengesanan residu dan kajian kekekalan residu telah dijalankan bagi musim pertama (September-Disember, 2015) dan musim kedua (Februari-Mei, 2016) penanaman padi. Padi angin telah dapat dikawal pada musim pertama dengan dos semburan serendah 75 g ai/ha manakala tiada padi angin dikesan pada musim kedua. Model hiperbola segi empat tepat menjangkakan kadar kerugian hasil padi bagi musim pertama akibat persaingan spesies Fimbristylis miliacea boleh mencecah sehingga 1.63 tan/ha manakala bagi musim kedua sehingga 1.51 tan/ha akibat persaingan spesies Alternanthera sessilis. Model Tindakbalas Permukaan (Response surface model) telah digunakan bagi menjangkakan kesan akibat kepekatan dos semburan terhadap populasi rumpai, hasil padi dan kekekalan imazapic dan imazapyr.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US