​Perpuakan Pas Era Abdul Hadi Awang

Old price: RM25.00
RM22.50
You save: RM2.50 (10%) Save 10%
10 days
9789671450604
In stock
+

Perpuakan Pas Era Abdul Hadi Awang

Penulis: Syahidulamri Khairuddin

Penerbit: Megamind Leadership Consultancy

Halaman: 137 muka surat

ISBN: 9789671450604

PAS adalah parti yang kaya pengalaman. Sejak menyertai arena politik negara seawal tahun 1950-an, PAS adalah sebuah parti yang memiliki identiti dan kekuatan tersendiri. Sebagaimana parti-parti politik yang lain, PAS yang sudah berusia lebih enam dekad ini tidak terkecuali daripada bergelut dengan masalah dalaman parti yang kemudiannya membawa perpecahan yang bukan kecil baginya.

Sepanjang usianya dalam arena politik, telah berlakunya beberapa masalah dalam parti yang begitu teruk sehinggakan parti ini berpecah pada tahun 1970-an membentuk Parti BERJASA dan sekitar 1980-an membentuk HAMIM, dan akhirnya timbul masalah perpuakan yang membarah dan serius pada tahun 2015 di era kepimpinan Ustaz Abdul Hadi Awang.

Perpecahan yang berlaku pasca Muktamar Tahunan PAS 2015 semestinya menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat, khususnya pengamat politik tentang apa yang sebenarnya berlaku. Ramai tertanya-tanya apakah punca konflik tersebut sehingga sebahagian ahli dan bekas pimpinan PAS nekad meninggalkan parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara.

Sudah pasti sesuatu yang perlu diteliti apabila nama-nama besar PAS seperti Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Dr. Dzulkefly Ahmad, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Dr. Siti Mariah Mahmud, Dr. Hatta Ramli dan ramai lagi telah memilih untuk meninggalkan parti itu dan menubuhkan parti baru. Pasti ada alasan dan sebab yang kukuh yang memungkinkan mereka membuat keputusan yang sebegitu besar.

Sesungguhnya buku ini hadir untuk merungkai persoalan yang bermain di minda kebanyakan daripada kita. Bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan tersebut, buku ini ditulis tepat pada waktunya. Buku ini menyusur galur sejak dari awal masalah perpuakan yang wujud dalam PAS—dari awal penubuhannya sehinggalah ke era Abdul Hadi Awang sekarang ini.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju dan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 10 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 10 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking number akan dihantar terus ke email anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI