​Persatuan Ulama Kedah: Inti Sari Kebangkitan, Gerakan Dakwah dan Kepimpinan

RM35.00
9789672486275
In stock
+

Persatuan Ulama Kedah: Inti Sari Kebangkitan, Gerakan Dakwah dan Kepimpinan

Author: Mustaffa Mahmud & Muhamad Noor Habibi Hj. Long

Publisher: UUM Press

ISBN: 9789672486275

Weight:

Page: 130pp

Year: 2020

Price: RM35

Buku ini membentangkan susur galur sejarah penubuhan Persatuan Ulama Kedah (PUK) sejak kemerdekaan tanah Melayu sehingga kini. Penubuhan PUK bermula daripada kebangkitan semangat perjuangan menentang Malayan Union dan menuntut kemerdekaan negara. Buku ini juga merupakan catatan diari perjuangan para ulama, khususnya pendukung PUK, yang jarang ditemui dalam catatan buku-buku sejarah moden pada hari ini dalam mendepani cabaran dakwah dan gerakan Islam. Ia dapat memberi inspirasi perjuangan kepada para amilin dan pendakwah serta masyarakat Islam seluruhnya. Buku ini mengimbas kembali bagaimana peranan ulama sebagai benteng terakhir menjaga akidah masyarakat Islam di tanah air ketika era penjajahan.

Menelusuri pendekatan yang digunakan oleh para ulama dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan. PUK telah menjadi sekretariat gerak kerja penggemblengan kebangkitan rakyat yang melibatkan semua pihak daripada golongan istana, bangsawan hingga golongan petani yang merupakan rakyat marhain. Setelah mencapai kemerdekaan, ulama berperanan untuk mengisi kemerdekaan dengan menangani isu kelemahan kepimpinan dan kejahilan umat. Para ulama menubuhkan institusi pendidikan seperti pondok dan sekolah agama. Sebahagian mereka mengambil bahagian dalam pentadbiran negeri dan negara. Manakala sebahagian lagi menganggotai pertubuhan NGO menjadi jurubicara yang membawa suara masyarakat yang tertindas dan ketinggalan. Akhirnya, ulama juga adalah sebuah institusi yang berperanan menyatukan umat dan mengembalikan maruah nusa.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US