Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Tadbir dan Menang

RM140.00
10 days
9789674881726
In stock
+

Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Tadbir dan Menang

Author: Ab. Rashid Ab. Rahman G. & G. Manimaran

Publisher: UM Press

ISBN: 9789674881726

Weight:

Page: 770pp

Year: 2021

Price: RM140

Satu koleksi maklumat yang komprehensif mengenai pilihan raya demokrasi di Malaysia. Buku ini menghidangkan panduan yang pelbagai dimensi dan terkini mengenai pilihan raya di Malaysia kepada setiap pemegang taruh, sama ada kepada pengundi yang mempunyai peranan besar dalam memilih wakil rakyat mereka, bakal calon yang bertarung di gelanggang persaingan demokrasi, ejen-ejen calon, parti-parti politik yang bekerja keras untuk menuai mandat dan kuasa, para penyokong calon dan parti politik, petugas-petugas pilihan raya dan sesiapa sahaja yang ada peranan, fungsi dan tanggungjawab dalam proses pilihan raya serta mereka yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang sistem dan undang undang pilihan raya demokrasi Malaysia.

Buku ini memperincikan setiap proses dalam pengurusan pilihan raya yang secara keseluruhan terdiri daripada lebih 30 peringkat atau fasa tindakan, yang wajar dihayati oleh setiap pemegang taruh. Bagi memenuhi hasrat itu, buku ini menghidangkan fakta-fakta yang menarik beserta dengan kronologi, foto dan ilustrasi nostalgia pilihan raya peringkat Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri dari tahun 1955 sehingga 2020 – merangkumi susur galur lebih 70 tahun. Ini termasuklah keputusan penuh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sebagai rujukan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15. Buku ini dibahagikan kepada 15 bab iaitu huraian mengenai Kerajaan dan Pilihan Raya, Sistem dan Proses Pilihan Raya, Proses Pilihan Raya, Undang-undang dan Peraturan, Proses Pilihan Raya, Penamaan Calon, Daftar Pemilih, Kempen Pilihan Raya, Tempat Mengundi, Pengundian, Pengiraan Undi, Selesainya Pilihan Raya dan Petisyen Pilihan Raya. Buku ini juga mengupas proses selepas keputusan pilihan raya diumumkan, termasuk detik detik menarik sepanjang lebih dua tahun lalu selepas PRU-14. Malah, buku ini turut menyenaraikan trivia yang menarik mengenai tokoh-tokoh yang telah mencorakkan warna-warni landskap pilihan raya demokrasi Malaysia.

Huraian yang komprehensif dan holistik pastinya akan membantu navigasi para pembaca dalam memahami, mengetahui dan mendalami setiap proses yang berkaitan dengan setiap pilihan raya, sama ada pilihan raya umum atau pun pilihan raya kecil. Politik dan pilihan raya merupakan dua komponen yang tidak boleh dipisahkan. Maka, setiap maklumat dalam buku ini akan menyuburkan lagi sistem demokrasi di Malaysia yang semakin dinamik, kompleks dan mencabar.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju dan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 10 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 10 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking number akan dihantar terus ke email anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.


JAMINAN KAMI

HUBUNGI KAMI