​Platform Reka Bentuk Maya Peranti dan Litar Optik

RM30.00
9789672429067
In stock
+

Platform Reka Bentuk Maya Peranti dan Litar Optik

Author: Ainon Najihah Abd. Aziz & Mohd. Suhaimi Ab. Rahman
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672429067
Weight: 0.227kg
Year: 2020
Page: 139
Price: RM30

Platform Reka Bentuk Maya Peranti dan Litar Optik adalah sebuah platform maya bagi tujuan reka bentuk dan pengujian peranti optik dibangunkan dan dipanggil Platform Reka bentuk Optik Maya (PROM). Platform ini membolehkan peranti optik dan rangkaian direkabentuk, disimulasi, diuji dan penyepaduan peranti optik dilakukan pada sistem rangkaian optik. PROM terdiri daripada beberapa perisian yang mewakili lapisan rekabentuk. Perisian OptiBPM dan OptiSPICE digunakan dalam lapisan peranti dimana pandu gelombang direka untuk menghasilkan peranti optik (e.g pencerai optik) manakala litar optoelektronik direka untuk menghasilkan pemacu diod laser. Ketebalan, sudut capahan dan beza indeks biasan pandu gelombang merupakan parameter yang dikaji untuk mendapatkan nilai optimum parameter-parameter tersebut. Kesan kekasaran pada dinding pandu gelombang terhadap prestasi peranti dan rangkaian optik turut dibincangkan di dalam buku ini. Kesemua kajian berkaitan pandu gelombang pada lapisan peranti ini dianalisa berdasarkan kuasa keluaran dan lesapan masukan peranti tersebut.

Bagi reka bentuk diod laser pula, litar optoelektronik bagi pemacu laser direkabentuk dengan penekanan terhadap suhu operasi laser yang digunakan untuk mengkaji kesan suhu terhadap prestasi diod laser. Prestasi diod laser ini dianalisa berdasarkan kuasa pancaran daripada laser tersebut apabila disepadukan pada lapisan rangkaian. Kesemua peranti yang direkabentuk boleh dieksport kepada platform pengujian rangkaian melalui perisian OptiSystem. Setiap perisian memberikan nilai pelbagai parameter dan menentukan kualiti peranti yang dibangunkan. Buku ini memberi panduan kepada pereka-pereka peranti optik dalam pengujian menggunakan beberapa perisian keluaran Optiwave. Pada kebiasaannya, sesebuah peranti optik hanya akan diuji prestasinya setelah selesai proses fabrikasi dijalankan. Peranti optik yang mempunyai tahap prestasi yang rendah dengan lesapan masukan yang tinggi tidak akan digunakan kerana ia akan mengganggu penghantaran isyarat. Perkara ini menyebabkan pembaziran dan kerugian dari segi kos pembuatan, masa dan tenaga kerja dan perkara ini dapat di atasi menggunakan PROM. 

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US