​Rahsia Di Sebalik Ilmu Fizik

RM25.00
9789674407391
In stock
+

Rahsia Di Sebalik Ilmu Fizik

Author: Mohd Azman Hashim@ Ismail

Publisher: USIM Press

ISBN: 9789674407391

Weight:

Page: 89pp

Year: 2020

Price: RM25

Buku ini membincangkan beberapa aspek kejadian melalui ciptaan-Nya untuk menyaksikan kebesaran Allah SWT. Penyaksian ini memerlukan ilmu supaya manusia dapat merasai kewujudan semua ini yang datangnya daripada pencipta yang mutlak iaitu Allah SWT. Bidang ilmu yang pelbagai di alam sebaiknya boleh membawa kepada penyaksian bahawa alam ini dijadikan melalui kebesaran dan kebijaksanaan Allah SWT yang mengaturnya. Syariat Islam tidak pernah menghalang ahli sains untuk mengemukakan teori, membuat penyelidikan dan menghasilkan penemuan baharu dalam bidang sains. Sains pula merupakan salah satu bidang ilmu yang membincangkan fenomena alam fizikal sahaja melalui proses pemerhatian, eksperimen dan induksi.

Buku Rahsia di Sebalik Ilmu Fizik adalah satu usaha ecil bagi membawa pembaca menyaksikan kehebatan, kekuasaan dan keilmuan Allah SWT dalam mencipta sesuatu dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar kejadian dengan penulisan yang telah dipermudahkan dari kaca mata ilmu fizik. Kejadian yang dirasai dan dinikmati sepatutnya diambil peluang untuk berfikir betapa hebat dan halusnya seni ciptaan-Nya sehinggakan tiada lagi manusia yang mampu mencipta sepertinya. Pembaca juga dibekalkan dengan sedikit asas ilmu fizik yang boleh digunakan untuk memproses kejadian dan menghayati ciptaan Allah SWT sehingga akhirnya dapat menimbulkan rasa penyaksian kepada Allah SWT.


1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US