​Rahsia Diet Malaysia

RM33.00
10 days
9789831008461
In stock
+

Rahsia Diet Malaysia

Author: Tee E Siong

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831008461

Weight:

Pages:

Year: 2016

Price: RM33


Hakikat sebenar

Dalam buku ini, Dr Tee E Siong, pakar pemakanan terkemuka Malaysia akan mendedahkan hakikat yang nyata tentang budaya makan rakyat Malaysia. Beliau akan berkongsi pengetahuannya tentang hidangan yang kita makan semasa sarapan, makan tengah hari, makan malam, snek dan lewat malam.


Realiti yang mengerikan

Penulis akan mendedahkan kesan ngeri amalan makan yang tidak sihat. Beliau akan menyakinkan anda bahawa diet tidak sihat adalah penyebab utama penyakit-penyakit kronik seperti obesiti, penyakit jantung, diabetes dan kanser. Dan terdapat satu cara sahaja untuk mencegah penyakit-penyakit tersebut - amalkan makan secara sihat dan kehidupan yang aktif.


Rahsia makan secara sihat

Beliau akan mendedahkan rahsia mengenai diet Malaysia yang sihat, dan berkongsi prinsip-prinsip asas makan secara sihat serta membimbing anda cara menerapkan pemakanan sihat dalam kehidupan harian.

Bacalah buku ini. Anda akan mendapati bahawa kita boleh mengamalkan budaya makan dengan cara yang lebih sihat sambil menikmati keenakan makanan Malaysia.

-----------------------------------------------------------------

Dr Tee E Siong telah memperjuangkan amalan makan secara sihat dan kehidupan yang aktif selama tiga dekad, terutamanya menerusi Persatuan Pemakanan Malaysia.

Beliau adalah Presidennya sejak 19 tahun yang lalu. Selaku Presiden, beliau telah menerajui pelaksanaan pelbagai program promosi pemakanan masyarakat. Beliau merupakan pengarang utama pelbagai buku kecil dan rencana akhbar yang mendidik masyarakat tentang pemakanan sihat.

Dr Tee merupakan Profesor Adjung di Jabatan Biosains, Universiti Taylor. Beliau merupakan perunding pemakanan TES Nutrihealth Strategic Consultancy. Beliau juga

menyertai aktiviti-aktiviti Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Dr Tee juga adalah Pengarah Saintifik Institut Sains Hayat Antarabangsa (International Life Sciences Institute, ILSI) bagi rantau Asia Tenggara. Dr Tee merupakan Ketua Pusat Penyelidikan Kardiovaskular, Diabetes dan Pemakanan di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sehingga persaraan beliau pada Februari 2002, selepas berkhidmat selama 30 tahun.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju dan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 10 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 10 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking number akan dihantar terus ke email anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

HUBUNGI KAMI