​Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi

RM35.00
9789836244727
In stock
+

Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi

Author: Syed Hussein Alatas

Publisher: Dewan Bahasa & Pustaka

ISBN: 9789836244727

Year: 2016

Weight: 0.300 kg

Pages: 300 pp

Price: RM35

Berhubung dengan penyimpangan moral yang telah begitu lama dikenal manusia seperti rasuah, bukan hanya terdapat kesulitan untuk membanterasnya, namun akhirnya gejala ini menimbulkan hambatan ideologis. Ada pihak yang mengakui peranan positif rasuah dalam pembangunan. Hal ini merupakan kemuncak daripada bangunan rumit rasuah yang memiliki komponen-komponen yang keras, dan sekali gus tak terlihat. Sebagai gejala sosial, rasuah timbul daripada pelbagai sebab, tampil dengan pelbagai sifat dan kemudian menunjukkan fungsi di samping akibat-akibat sosialnya. Faktor ini yang menjadikannya sebagai kajian khusus dalam sosiologi yang menimbulkan perbezaan pandangan.

Buku ini merangkumi semua aspek rasuah menerusi huraian yang terperinci tentang kes-kes sejarah di Romawi kuno, China kuno serta masyarakat Asia moden. Apabila buku ini mengambil sikap tertentu terhadap rasuah, hal ini hanya timbul menerusi pembahasannya sebagai gejala secara menyeluruh, yang dihadapkan dengan masyarakat yang memiliki moraliti dan cita-cita luhur yang dilakukan penulisnya secara telus dan berwibawa.

Penulis buku ini, Profesor Syed Hussein Alatas, ahli sosiologi yang berwibawa dan dikenali pada peringkat antarabangsa, banyak melakukan penyelidikan tentang masalah sosial dan isu yang berkaitan dengannya. Semasa hayatnya Allahyarham di lantik sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (1967-1978) dan sebagai Naib Canselor Universiti Malaya (1988-1991). Antara karya penting Allahyarham termasuklah Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun, Modernization and Social Change in Southeast Asia dan Thomas Stamford Raffles: Schemer or Reformer.


1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US