​Sejarah Arab Saudi

RM37.90
9789672278375
In stock
+

Sejarah Arab Saudi

Author: Abdul Rahman Hj Abdullah

Publisher: Hijjaz Record Publishing

ISBN: 9789672278375

Weight: 0.268kg

Pages: 320pp

Year: 2020

Price: RM37.90

Buku ini mengupas sejarah Semenanjung atau Jazirah Arab sejak zaman Rasulullah s.a.w hingga sekarang . Inilah buku pertama yang mengupas persoalan seumpama ini dengan menyeluruh, yang diketahui tidak pernah diterbitkan oleh mana-mana penerbit di Alam Melayu ini. Terdapat dua kekeliruan besar dalam penulisan sejarah Semenanjung Arab ini. Pertama, selama ini dalam subjek Sejarah Islam kita hanya mengetahui sejarah Hijjaz atau Haramain ( Makkah dan Madinah) pada zaman Nabi Muhammad s.a.w dan zaman Khulafa al-Rasyidin sahaja. Selepas itu sejarah Hijjaz terus hilang dan tenggelam akibat perubahan pusat politik ke Syam atau Damsyik dengan kenaikan Kerajaan Bani Umayyah, lalu berpindah ke Baghdad pada zaman Bani Abbasiyah, dan kemudiannya ke Istanbul pada zaman Uthmaniyah. Apa yang tinggal hanyalah Hijjaz ( Makkah dan Madinah ) sebagai pusat agama dan ibadah. Buku ini cuba mengisi kekosaongan sejarah Hijjaz yang terabai sejak berakhirnya zaman Khula al-Rasyidin hingga tertubuhnya Kerajaan Arab Saudi pada tahun 1925. Selain itu, kekeliruan lain dalam penulisan sejarah tentang Sejarah Makkah dan Sejarah Madinah ( yang diterbitkan di Arab Saudi ) ialah ia hanya mengupas tentang sejarah Kaabah, Hajar al-Aswad, maqam Ibrahim , telaga Zamzam, Masjidil-Haram, Masjid Nabawi, Masya'ir dan sebagainya. Walaupun tema-tema seperti ini penting diketahui , tetapi ia lebih sesuai dalam perbahasan tentang ibadah Haji dan Umrah, bukannya dalam karya tentang sejarah Haramain ( Makkah dan Madinah ). Buku ini cuba membetulkan kekeliruan ini , dengan membahas sejarah Makkah dan Madinah dalam perpektif sejarah yang sebenar dan tepat . Dengan kenaikan Kerajaan Arab Saudi , kita berkesempatan untuk menumpu perhatian semula kepada kepentingan sejarah di Makkah dan madinah yang selama ini terpinggir. Di samping jasa Kerajaan Saudi dalam pembangunan negara, terdapat juga sisi gelap yang berlaku di sebalik kemajuan yang pesat.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US