​Sejarah Dan Politik Kerajaan Bugis: Kedinamikan Konfederasi Ajatappareng Di Sulawesi Selatan (1812-1906)

RM55.00
10 days
959021119754101
In stock
+

Sejarah Dan Politik Kerajaan Bugis: Kedinamikan Konfederasi Ajatappareng Di Sulawesi Selatan (1812-1906)

Editors: Abd Latif & Nordin Hussin

Publisher: Dewan Bahasa Pustaka

ISBN: 959021119754101

Year: 2018

Pages: 425pp

Weight: 0.649kg

Price: RM55

Penulisan dan kajian sejarah berkaitan dengan kerajaan Bugis di Sulawesi tidak banyak dilakukan oleh para sarjana di Malaysia mahu pun di Indonesia. Oleh itu, buku ini cuba untuk memberikan satu penjelasan dan kefahaman untuk memahami sejarah yang berlaku dalam kerajaan Bugis tersebut. Persoalan kajian dalam buku ini adalah bagaimana untuk meletakkan lima kerajaan Bugis di Konfederasi Ajatappareng dalam peta sejarah politik Sulawesi Selatan dari tahun 1812 sehingga tahun 1906. Kajian yang berteraskan penggunaan sumber primer dan sekunder memfokuskan daerah-daerah yang pernah mendapat pengaruh lima kerajaan di Ajatappareng sebagai lokasi utama. Penulis merujuk sumber primer seperti manuskrip tempatan yang disebut lontara' dan dokumen kolonial yang tersimpan di pelbagai arkib dan perpustakaan serta simpanan peribadi dari Sulawesi Selatan dan Jakarta. Penulisan ini bertujuan menganalisis tujuan kelima-lima kerajaan di Ajatappareng, iaitu Sidenreng, Sawitto, Suppa, Rappang dan Alitta menggabungkan diri dalam sebuah konfederasi yang dikenali sebagai Limae Ajatappareng pada abad ke -16. Analisis terhadap sistem politik di Konfederasi Ajatappareng sebelum kedatangan Inggeris dan Belanda di Sulawesi Selatan adalah penting bagi menjawab persoalan bagaimana wujud sistem politik tempatan di Konfederasi Ajatappareng sebelum kedatangan kuasa asing. Penulisan ini juga bertujuan memberikan maklumat baharu berkaitan dengan konflik di Konfederasi Ajatappareng semasa kolonial Inggeris dan Belanda berkuasa sepanjang abad ke-19 sehingga penaklukan Belanda ke atas Sulawesi Selatan pada tahun 1906.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju dan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 10 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 10 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking number akan dihantar terus ke email anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.


JAMINAN KAMI

HUBUNGI KAMI