SIAPA KAMI?
ILHAM BOOKS: UNTUK MEREKA YANG BERFIKIR
ILHAM Books merupakan sebuah penerbit dan pengedar yang memberi tumpuan penerbitan dan pengedaran buku-buku kritikal dan ilmiah-popular dalam genre poliik, agama,sosial, memoir dan biografi, ekonomi serta perundangan.
Sejak 2013 sehingga kini ILHAM Books telah menerbitkan lebih 50 buah buku dan mengedarkan hampir 2000 judul buku kepada masyarakat di Malaysia mahupun di luar negara.
ILHAM Books berpandangan dalam membangun negara Malaysia yang lebih baik, masyarakat perlu diperkasakan melalui bahan-bahan bacaan yang berkualiti dan kritis.
MATLAMAT ILHAM BOOKS
ILHAM Books berhasrat untuk menjadi penerbit yang menghasilkan karya-karya yang bermanfaat dan berkualiti. Ia seiring dengan cita-cita besar ILHAM Books untuk menjadi pemain dalam industri buku yang memainkan peranan dalam menyuburkan pembudayaan ilmu dalam kalangan masyarakat Malaysia.
REPUTASI ILHAM BOOKS
ILHAM Books secara konsisten telah menerbitkan karya-karya berkualiti hasil daripada buah fikir para pemikir dan pensyarah di Malaysia. Ada sebilangan daripada mereka kini sudah bergelar menteri dan tokoh ilmuwan di menara gading.
Karya yang dihasilkan oleh ILHAM Books turut dijadikan bahan rujukan para pengkaji. Sebilangan karya telah pun memasuki perpustakaan universiti luar negara.
BALAI ILHAM
Pejabat operasi dan kedai buku ILHAM Books dinamakan sebagai BALAI ILHAM terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Kami mengalu-alukan kedatangan para pembaca untuk berkunjung dan bersilaturrahim di BALAI ILHAM.
Waktu Operasi:
Isnin - Sabtu: 10 AM - 6 PM
Alamat:
BALAI ILHAM, No.94 (G), Jalan Nilai Square 3, Nilai Square, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Waze/Google:
BALAI ILHAM
HUBUNGI KAMI
Untuk maklumat lanjut dan sebarang masalah, boleh hubungi kami melalui email [email protected] atau Whatsapp kami di talian +6011-10601403.