Simulasi dan Ulasan: Amalan Berkesan Bagi Anak Kapal

RM30.00
9789674129675
In stock
+

Simulasi dan Ulasan: Amalan Berkesan Bagi Anak Kapal

Author: Muhammad Nur Fariduddin, Mohd Johar Jaafar & Wee Lei Hum
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674129675
Weight: 0.248kg
Year: 2020
Page: 158 
Price: RM30

"Ladies & Gentlemen, this is an emergency announcement. If you are a medical personnel, please identify yourself to the cabin crew." Limitasi dalam mendapatkan bantuan perubatan daripada golongan pengamal kesihatan boleh memudaratkan penumpang sekiranya rawatan kecemasan tidak diberikan dengan segera. Dengan kehadiran anak kapal terlatih sebagai seorang ahli pertolongan cemas, rawatan kecemasan dapat diberikan terlebih dahulu bagi mengurangkan risiko kepada penumpang. Persoalannya, adakah latihan sedia ada yang dikendalikan oleh akademi penerbangan memadai bagi memastikan anak kapal benar-benar berkompetensi dalam memberikan rawatan berkesan. Tempoh latihan pengulangan yang panjang serta kebarangkalian yang rendah dalam mengendalikan kes kecemasan menjadi sebahagian daripada faktor yang menurunkan prestasi anak kapal. Pembelajaran simulasi serta pelaksanaan ulasan berkesan telah digunakan secara meluas dalam pendidikan perubatan dan kini mula merentasi sempadan dan menjadi saranan di dalam industri berisiko tinggi seperti penerbangan sebagai alternatif dalam meningkatkan prestasi anak kapal. Adakah kaedah sedemikian boleh membantu dalam meningkatkan prestasi anak kapal? Buku kajian ini bakal menjawab persoalan tersebut dengan menampilkan dapatan kajian dengan kerjasama jaringan industri di antara pihak universiti dengan salah sebuah syarikat penerbangan di Malaysia. Buku ini amat sesuai untuk digunakan sebagai sumber rujukan oleh tenaga pengajar atau pihak pentadbiran di akademi penerbangan pihak berkepentingan di syarikat penerbangan serta badan-badan kerajaan seperti Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) serta pelajar-pelajar pra/pasca siswazah barisan akademik dan penyelidik yang secara langsung terlibat dalam pembelajaran simulasi dan kaedah ulasan.


1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US