PRE ORDER: Student Union: Gerakan Baharu Gerakan Mahasiswa

List price: RM35.00
RM28.00
You save: RM7.00 (20%) Save 20%
10 days
9789672007388
In stock
+

PRE ORDER Student Union: Gerakan Baharu Gerakan Mahasiswa

Author: Zulkifli Hasan, Muhammad Amin Mubarak, Wan Harith Iskandar Wan Roslan & Idayu Mumtaz Iskandar

Publisher: ILHAM Press

ISBN : 9789672007388

Weight: 0.3 kg

Year: 2020

Page: 172 pp

Price : RM35

Bagi para aktivis mahasiswa, autonomi bagi mahasiswa adalah sesuatu yang diidam-idamkan. UIAM mengorak langkah dengan menubuhkan Kesatuan Pelajar (Student Union) bagi mengisi kelompongan yang lama ditinggalkan setelah kewujudan AUKU. Buku ini juga memaparkan proses penubuhan Kesatuan Pelajar UIAM dari tiada apa sehingga dirasmikan pada 23 Oktober 2019. Perjalanan gerakan mahasiswa di Malaysia membuka lembaran baru dengan penubuhan Kesatuan Pelajar UIAM, dan akhirnya akan membawa catatan baru dalam sejarah pembangunan mahasiswa di Malaysia. Bagi penggerak mahasiswa, pihak pentadbir dan para pengkaji, buku ini adalah buku rujukan khusus untuk anda memahami proses, peranan dan fungsi Kesatuan Mahasiswa.

"Buku yang ditatap oleh para pembaca juga merupakan satu manual untuk membicarakan dengan lebih lanjut mengenai hakikat sebenar Kesatuan Pelajar dan bezanya dengan sistem Majlis Perwakilan Pelajar sebelum ini. Hakikatnya, kewujudan Kesatuan Pelajar di universiti-universiti memerlukan kepada perubahan holistik di seluruh ekosistem institusi pengajian tinggi di seluruh negara dan juga perubahan menyeluruh minda dan persepsi siswa, para pensyarah dan pentadbir universiti." - Dr Maszlee Malik, Mantan Menteri Pendidikan

---------

Zulkifli Hasan (PhD, Prof Madya) merupakan Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Komuniti) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau adalah Ahli Jawatankuasa Teknikal Kajian Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Jawatankuasa Pembentukan Kesatuan Pelajar dan Jawatankuasa Kerja Pembentukan Kesatuan Pelajar di peringkat nasional. Beliau pernah menerima biasiswa Fulbright sebagai felo pelawat dan menjalankan kajian di New York, Amerika Syarikat dan terpilih mewakili Malaysia ke Jepun dalam program prestij dibiayai Japan Foundation. Beliau menerbitkan banyak karya ilmiah diiktiraf dan diterbitkan dalam dan luar negara. Beliau sangat aktif serta berpengalaman dengan aktivisme mahasiswa dan kerja kemasyarakatan di peringkat nasional dan antarabangsa. Beliau pernah menerima Anugerah The Upcoming Scholar di peringkat Antarabangsa oleh Global Islamic Finance dan karya beliau termasuk laman sesawang www.zulkiflihasan.com telah memenangi anugerah blog terbaik dan karya terbaik di peringkat kebangsaan.

Muhammad Amin Mubarak merupakan pelajar tahun akhir jurusan Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau terlibat aktif dalam aktivisme mahasiswa dalam dan luar kampus. Beliau memegang jawatan ahli Jawatankuasa Penubuhan Kesatuan Pelajar UIAM dan Exco Advokasi dan Perhubungan Awam Protem Kesatuan Pelajar UIAM 19/20. Beliau juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Pelajar Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan 17/18. Bakat dan minat beliau dalam intelektual aktivisme terserlah di mana beliau adalah pengasas kepada Wacana Intelektual ‘Sembang Kencang’ di bawah Persatuan Belia Harmoni UIAM ketika menjadi Ketua Jawatankuasa Akademik dan Intelektual Persatuan Belia Harmoni UIAM yang kini sudah hampir 10 edisi dilaksanakan. Selain itu, beliau juga aktif dalam aktivisme di luar kampus di mana terpilih menjadi Ahli Parlimen Belia Malaysia mewakili negeri Selangor dan terlibat aktif di dalam aktivisme politik mahasiswa.

Wan Harith Iskandar Wan Roslan merupakan alumni Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM tahun 2019. Dia telah memenangi Anugerah Pelajar Terbaik Ko-kurikulum peringkat Kuliyyah dan merupakan Valedictorian bagi Majlis Konvokesyen UIAM ke-35. Pada pilihan raya kampus 2018, beliau telah memenangi kerusi bagi Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim dan dilantik menjadi Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar UIAM. Beliau memegang jawatan Setiausaha Jawatankuasa Penubuhan Kesatuan Pelajar dan Penasihat (Undang-Undang) bagi Kesatuan Pelajar UIAM. Beliau juga terlibat di dalam Jawatankuasa Pindaan Undang-Undang Disiplin Pelajar UIAM. Beliau adalah antara pimpinan mahasiswa yang terlibat aktif secara langsung dalam usaha penubuhan Kesatuan Pelajar dan telah membentangkan kertas kerja penubuhan Kesatuan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti. Dari sudut penglibatan luar kampus pula, beliau dilantik menjadi ahli Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan 2019 yang dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan terlibat dalam pelbagai program anjuran Bahagian Mahasiswa Holistik, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kini beliau sedang bekerja di firma guaman, Fariz Halim & Co dan masih aktif dalam agenda pemerkasaan mahasiswa peringkat universiti dan nasional.

Idayu Mumtaz Iskandar ialah seorang anak jati Sabah yang merupakan sebahagian daripada Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2018/2019 dan Exco Pendidikan Kesatuan Pelajar UIAM 2019/2020. Terlibat aktif sebagai panelis dalam beberapa forum membicarakan hal ehwal mahasiswa, isu-isu nasional dan antarabangsa. Beliau juga tampil dalam rancangan TV mewakili suara mahasiswa membicarakan topik terkini dan isu semasa. Sebagai aktivis mahasiswa yang sentiasa mengutamakan aspek pendidikan, beliau percaya bahawa dunia yang lebih baik dan adil adalah apabila tiada kanak-kanak yang tertinggal dalam mendapat akses pendidikan yang berkualiti.


1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju dan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 10 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 10 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking number akan dihantar terus ke email anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI