​Sumbu Dunia Melayu: Hubungan Keserumpunan Malaysia-Indonesia

RM78.00
10 days
9789831009710
In stock
+

Sumbu Dunia Melayu: Hubungan Keserumpunan Malaysia-Indonesia

Editor: Arba’iyah Mohd Noor

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831009710

Year: 2018

Pages: 442pp

Price: RM78

Hubungan Malaysia dan Indonesia merupakan hubungan tradisi yang telah lama diasaskan atas nilai sepunya dari sudut rumpun bangsa atau leluhur yang sama. Malah, kedua-dua negara yang merupakan sumbu Dunia Melayu pada suatu ketika dahulu mempunyai persamaan dari sudut adat, agama, bahasa, cara hidup dan budaya yang pernah dikongsi bersama. Namun sejak akhir-akhir ini, hubungan antara Malaysia dan Indonesia sering kali mengalami pasang surut dalam menghadapi cabaran pelbagai peringkat. Hal ini adalah disebabkan oleh kurangnya pemahaman dan pendedahan terhadap sejarah hubungan serumpun yang pernah dibina bersama. Oleh itu, buku ini dihasilkan dalam usaha untuk membincang dan mengenal pasti persamaan dan perbezaan dalam pelbagai aspek seperti sejarah, politik, ekonomi, sosiobudaya dan sebagainya dari dahulu hingga ke hari ini. Tujuannya adalah untuk mewujudkan semula semangat keserumpunan yang pernah dibina suatu ketika dahulu. Buku Sumbu Dunia Melayu: Hubungan Keserumpunan Malaysia-Indonesia yang mengandungi 20 bab ini menyentuh tentang beberapa aspek keserumpunan antara Malaysia-Indonesia. Buku ini disusun berdasarkan tematik-kronologi yang meliputi asal usul terbinanya hubungan awal antara kerajaan-kerajaan Melayu, aspek politik, ekonomi, agama dan sosial termasuk isu kontemporari yang boleh dijadikan panduan kepada para pembaca hari ini. Semoga segala ilmu yang terkandung dalam buku ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat di kedua-dua buah negara seterusnya memperkayakan lagi tradisi keilmuan di Malaysia dan Indonesia.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju dan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 10 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 10 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking number akan dihantar terus ke email anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI