Sungai Semambu ke Monash Kembara Ilmu Seorang Pensyarah Fizik: Memoir Muhammad Yahaya

RM40.00
9789674608606
Out of stock

Sungai Semambu ke Monash Kembara Ilmu Seorang Pensyarah Fizik: Memoir Muhammad Yahaya

Author: Muhammad Yahaya

Publisher: ITBM

ISBN: 9789674608606

Weight: 0.4 kg

Year: 2020

Page: 248 pb

Price : RM40

Memoir ini merupakan kenangan seorang ahli akademik - Prof. Emeritus Dato’ Dr. Muhammad Yahya - yang tugas utamanya adalah untuk mengajar, menyelidik dan berkhidmat kepada masyarakat. Memoir ini bermula dengan kisah perjalanan hidup penulis sebagai seorang pelajar dari Sekolah Umum Tanah Liat, berpindah ke Kuala Lumpur, dan seterusnya menyambung pelajaran di Bandung, Indonesia demi segulung ijazah, hinggalah akhirnya memperoleh ijazah tertinggi di Australia.

Banyak pengalaman baharu yang ditempuh semasa mengikuti sistem pembelajaran di Indonesia hanya diceritakan secara bersahaja. Namun begitu, perjuangan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan menjadikan penyelidikan sebagai budaya dalam kehidupan yang menjadi misi utama dalam kerjaya penulis dihuraikan dengan terperinci. Mempelajari sains dalam bahasa Melayu dalam keadaan yang serba kekurangan juga terbukti mencabar dan penuh dengan suka duka. Bagaimanapun, hal ini dapat diatasi dengan adanya minat yang tinggi serta kerja kuat untuk menguasainya.

Memoir ini turut menjelaskan pelibatan, kegiatan, pengalaman dan pandangan penulis, terutama yang berhubung dengan beberapa peristiwa dalam dunia akademik yang menyentuh banyak pihak, rakan sekerja, pentadbir, bahkan keluarga sendiri. Bertugas sebagai pentadbir akademik juga cukup mencabar kerana sudah tentu mengurus ahli intelek yang penuh dengan idiosinkrasinya dan selalu berpandangan, “Kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju."

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US