Surah-Surah Terlarang: Persoalan Nasional

Old price: RM25.00
RM22.50
You save: RM2.50 (10%) Save 10%
10 days
9789671681008
In stock
+

Author: Hishamuddin Rais

Publisher: Soeloeh Merdeka

ISBN: 9789671681008

Pages: 190 pp

Year: 2019

Price: RM25.00

Hishamuddin Rais dalam Surah-Surah Terlarang: Persoalan Nasional mungkin kelihatan seperti ‘kasar’ dan tidak lunak dari sudut gaya bahasanya yang tajam menusuk serta ‘tidak sensitif’ apabila menggunakan beberapa perkataan yang ‘terlarang’ dalam penulisan buku beliau ini. Akan tetapi beliau jujur dan berterus-terang menyatakan buah fikiran serta perasaannya tanpa berselindung. Seperti kata beliau dalam buku ini—persoalan nasional perlu dihadapi seperti seorang matador yang memegang tanduk sang seladang jantan secara berhadapan.

Persoalan nasional dalam sebuah negara yang rencam bangsa, budaya, agama dan bahasa rumit untuk diselesaikan. Ianya menuntut kesabaran yang tinggi, tolak-ansur yang besar, jiwa yang lapang serta fikiran yang jernih dan tenang untuk merungkaikannya.

Barangkali mungkin ini yang diperlukan untuk memulakan wacana persoalan nasional, suatu persoalan yang sudah lama kita tinggalkan. Kali terakhir perbahasan tentang persoalan nasional diangkat sebagai wacana besar di peringkat kebangsaan ialah di dalam Debat Kebudayaan antara Syed Naguib al-Attas dan Lim Kit Siang pada November 1968. Malangnya kurang daripada enam bulan selepas itu terjadi rusuhan antara kaum 13 Mei 1969.

Sejak daripada itu wacana persoalan nasional diketepikan dari perbincangan arus perdana. Ideologi ‘pembangunanisme’ atau dalam bahasa Inggerisnya ‘developmentalism‘ menjadi wacana dominan negara. Usaha-usaha untuk meramaikan lagi usahawan dan kelas menengah bumiputera khususnya, menjadi tumpuan utama. Persoalan nasional ditinggalkan dan hanya sekali-sekala sahaja ianya dibangkitkan oleh kelompok-kelompok kecil khususnya dari kaum budayawan dan sasterawan.

Namun di sebalik cantik dan cela pembangunan yang kita sama-sama nikmati di tanah air kita ini, persoalan nasional tetap tak terselesaikan. Malahan manifestasi kepada persoalan nasional yang tak selesai ini dapat kita lihat melalui penggemblengan massa yang semakin gencar dilakukan baik oleh parti-parti politik mahupun organisasi-organisasi masyarakat sivil yang masih terus-menerus menggunakan sentimen etnik dan agama untuk meraih sokongan serta dukungan politik.

Justeru dengan wujudnya ruang demokrasi yang lebih luas sekarang berbanding sebelumnya, kami merasakan perlu untuk diterbitkan dan disunting penulisan Hishamuddin Rais tentang persoalan nasional dengan lebih kemas dan tersusun, agar ianya dapat dijadikan bukan sahaja dokumen perjalanan sejarah pemikiran bangsa kita tetapi juga sebagai wahana untuk membuka kembali perbincangan mengenai persoalan nasional yang telah lama kita pinggirkan.

Membaca Surah-Surah Terlarang ini memerlukan pemahaman konteks dan kondisi politik pada waktu ianya ditulis.

Terdapat 19 Bab di dalam buku ini. Bab 1 hingga Bab 15 ditulis sebelum pertukaran kerajaan, iaitu pra-PRU14. Justeru rujukan, perkataan, susunan ayat, tujuan dan sasaran tulisan Hishamuddin Rais dalam Bab 1-15 perlu dibaca dalam konteks ketika UMNO dan Najib Razak masih berkuasa.

Manakala tulisan-tulisan beliau berikutnya yang terkandung di dalam Bab Epilog (1-4), perlu dibaca dalam konteks selepas pertukaran kerajaan yakni pasca-PRU14.

Walau pun terdapat dua konteks yang berbeza ketika bab-bab itu ditulis, namun intipati kepada apa yang ingin disampaikan oleh Hishamuddin Rais tetap relevan. Malahan ianya menjadi lebih relevan lagi apabila selepas kejatuhan UMNO dan Najib Razak, persoalan yang melibatkan isu etnik, agama, budaya, sekolah, bahasa, identiti nasional dan jati diri negara-bangsa Malaysia menjadi lebih panas dan hangat lagi. Suatu manifestasi yang menurut Hishamuddin Rais dalam bukunya ini terhasil akibat daripada kegagalan untuk menyelesaikan persoalan nasional.


HISHAMUDDIN RAIS (b. 1951 – ) merupakan seorang aktivis politik dan sosial yang aktif berkarya menerusi filem, teater dan penulisan buku. Beliau juga pernah beberapa kali meringkuk dalam penjara semenjak zaman mahasiswa di Universiti Malaya tahun-tahun 1970-an sehinggalah ke era Reformasi 1998. Sewaktu menjadi pelarian politik, beliau telah mendapat suaka politik dari kerajaan Belgium. Dalam tempoh tersebut, beliau telah melanjutkan pengajian di Université catholique de Louvain dalam jurusan Bahasa Perancis dan University of Westminster dalam jurusan seni fotografi, video dan filem. Sepanjangan penglibatan beliau dalam aktivisme politik, sosial dan budaya, beliau telah menghasilkan sebuah filem Dari Jemapoh ke Manchestee (1998) dan lima buah buku iaitu Pilihanraya atau Pilihan Jalanraya (2002), Keganasan, Penipuan & Internet (2008), Tapai: Travel and Guilty Pleasures of a Fermented Malaysian (2010), Tertangkapnya Sa-ekor Toyo: Surat dari Teoh Beng Hock (2011) dan Tipu Pilihan Raya, Turun Jalan Raya (2013).

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju dan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 10 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 10 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking number akan dihantar terus ke email anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI