Tahaluf Siasi dari Perspektif Maqasid Syari'ah dan Siasah Syar'iyah

RM20.00
9789670965017
In stock
+

Tahaluf Siasi dari Perspektif Maqasid Syari'ah dan Siasah Syar'iyah

Penulis: Alias Othman

ISBN: 9789670965017

Penerbit: Risalah Harmoni Sdn Bhd

Muka Surat: 169 pp

Membuat keputusan berkaitan isu politik selalunya menjadi perbincangan yang panas, malah sekiranya tidak ditangani dengan cermat ia akan membawa kepada perpecahan. Antara isu politik yang sering menimbulkan perbedaan pendapat ialah isu berkaitan dengan hubungan antara sebuah organisasi Islam dengan pihak lain, sama ada pihak lain itu kumpulan Islam atau bukan Islam. Keputusan yang diambil akan menjadi lebih mudah sekiranya mereka yang terlibat dalam membuat keputusan berkenaan memahami kaedah Islam di dalam menentukan hukum, terutama Wasail Al-Ijtihad seperti Qias, Istislah, Istishab, Istihsan, Sad Al-Zari'ah, 'Urf dan Syariat-syariat silam. Penulisan ini berusaha memberikan sedikit sumbangan dalam isu ini.

=======

Ustaz Alias Bin Othman dilahirkan pada tanggal 30 Oktober 1942 di Kampung Gua Badak, Lenggong, Perak. Selepas pendidikan di peringkat menengah, beliau melanjutkan pelajarannya di peringkat Diploma dalam bidang Dakwah di Yayasan Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri Kelantan dan meneruskan pengajiannya di peringkat Sarjana Muda dalam bidang Syariah dan Undang-undang. Kemudian beliau medapat Ijazah Sarjana di Universiti Al-Azhar dalam bidang Siyasah Syar’iyah. Beliau pernah bertugas di JAKIM sebagai Pegawai Dakwah sebelum berkhidmat sebagai pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaya (UM). Beliau pernah dilantik sebagai Dekan dan setelah itu Timbalan Dekan Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Islam, Universiti Malaya (UM). Beliau juga pernah mendapat gelaran Prof Madya di Jabatan Siyasah Syar’iyah, Akademi Islam, Universiti Malaya (UM). Beliau merupakan seorang tokoh pendakwah yang banyak memberi sumbangan kepada masyarakat sama ada melalui kerjayanya sebagai pensyarah, penulisan buku dan penglibatan dalam pertubuhan dakwah selama lebih 40 tahun.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US