​Tarikh Raja Asal: Derap Perantauan Kaum Mandailing dari Sumatra ke Tanah Semenanjung

RM110.00
9789675719424
In stock
+

Tarikh Raja Asal: Derap Perantauan Kaum Mandailing dari Sumatra ke Tanah Semenanjung

Author: Abdur-Razzaq Lubis

Publisher: Areca Books

ISBN: 9789675719424

Weight: 1.5kg

Page: 320pp

Year: 2021

Price: RM110

Kerawanan Perang Padri (1803–1845) yang meluluh-lantakkan dataran tinggi Pulau Perca membangkitkan eksodus anak bangsa Sumatra yang mencita suaka di ‘tanah seberang’. Pengungsi-pengungsi ini terjerumus dalam rentetan perang saudara di Tanah Semenanjung selama tiga dasawarsa, mulai dari Perang Rawa di Sungai Ujong, Perang Pahang, Perang Kelang sampai ke Perang Perak, yang sudahnya mengantar Pax Britannica.

Wacana ini mengungkapkan kepeloporan dan perjuangan ‘keluarga besar’ Mandailing yang diterajui oleh petinggi mereka Tuanku Raja Asal, bersama-sama sekutu mereka kaum Angkola, Padang Bolak (Padang Lawas), Sipirok, Rawa (Rao) dan Talu, dalam upaya perdagangan, perkelianan emas dan timah, serta pertanian.

Kesatria seangkatan termasuk pelopor Kuala Lumpur, Ampang, Bunus (Kampung Baru), Gombak, Gonggang (Setapak), dan Kajang di Selangor, serta Gopeng, Kampar dan Pusing di Perak, merangkumi zaman pra-British sehingga sempurnanya cengkaman kuasa kolonial itu dalam F.M.S. (Negeri-Negeri Melayu Bersekutu).

Tarikh yang dirakam oleh Raja H.M. Yacob pada 1934 memaparkan riwayat hidup Raja Asal, Raja Bilah, Raja Yacob dan Raja Shahabuddin – tiga generasi pengetua Mandailing yang berpaksi di Lembah Kinta, Perak. Seraya merincikan hubungan halak Mandailing dengan kesultanan dan pembesar Melayu serta Bugis, anak dagang sentri, Cina Hakka, wong Jawa mahupun pihak penjajah British.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US