Tasawuf dan Tarekat Sejarah Perkembangan dan Alirannya di Malaysia
Author: Mohd. Faizal Harun
Publisher: UUM Press
ISBN: 9789670876078
Weight:
Page: 439pp
Year: 2015
Price: RM64
Buku ini cuba mengupas persoalan mengenai kedudukan dan perkembangan tasawuf dan tarekat di Tanah Melayu/Malaysia. Tasawuf dan tarekat kini seolah-olah dilihat sebagai sesuatu yang terasing dalam Islam oleh sesetengah pihak. Justeru, melalui buku ini persoalan mengenai tasawuf dan tarekat dibincangkan secara agak menyeluruh berkaitan dengan peristilahan tasawuf dan tarekat serta sejarahnya yang bermula pada zaman Nabi Muhammad SAW, kemudian pada zaman sahabat sehinggalah ke zaman seterusnya. Penulis juga melihat dari aspek kedatangan Islam di Alam Melayu dari sudut peranan golongan sufi dan tarekat.
Dalam kajian ini, penulis turut menyentuh secara spesifik tentang kepelbagaian organisasi tarekat yang ada di Malaysia bagi menilai sejauh mana kedudukannya di persada masyarakat serta sumbangan kelompok sufi terhadap pembangunan negara. Secara umumnya penulisan buku ini lebih kepada sejarah dan tradisi kesufian yang terdapat di Malaysia yang penulis anggap sebagai kurang disoroti oleh pengkaji secara amnya.
Semoga buku ini dapat memberikan maklumat dan panduan tambahan tentang keberadaan tasawuf dan tarekat di Malaysia, khususnya dari sudut perkembangan dan alirannya.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju dan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.
1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 10 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.
2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 10 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.
3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.
4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.
5. Tracking number akan dihantar terus ke email anda.
6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.